SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT !

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT | Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Hari ini , Allah masih izinkan kita hidup dan menghirup udara segar yang setiap hari Allah bagi dekat kita tetapi Allah tak mintak pun kita bayar. Hebatnya Allah, Kayanya Allah . Di hari Jumaat yang mulia ini, jangan lupa untuk berselawat kepada Rasulullah S.A.W. dan mengamalkan Sunnah dan Adab-adab di hari Jumaat .

baca juga : Cikgu Alam .

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT

Sunnah dan Adab ini sudah pasti sebagai panduan kepada kita agar sentiasa melakukan perkara-perkara baik dan mengikut tatacara yang telah di ajar oleh Islam . Jom kita belajar serba sedikit mengenai Sunnah dan Adab-adab di Hari Jumaat . Hari jumaat merupakan antara hari yang mulia bagi ummat Islam .

Hari jumaat yang terdapat satu waktu di mana waktu yang di mustajab doa yang kita minta kepada Allah. Menurut para ulama, waktu yang mustajab doa ketika hari jumaat adalah di antara dua khutbah yakni ketika khatib berhenti sekejap sebelum meneruskan khutbah kedua. Ada juga pendapat ulama yang mengatakan , waktu mustajab doa ketika hari jumaat adalah ketika waktu asar . Jadi jangan lepaskan peluang kita untuk memperoleh doa yang di makbulkan.

Sempena Hari Jumaat juga , Kita di sarankan untuk perbanyakkan selawat dan juga sedekah . Banyakkan buat baik kepada orang lain . Sebarkan senyuman dan juga apa sahaja perkara baik yang terlintas di fikiran kita .

Korang boleh rujuk gambar di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa Sunnah dan Adab di hari jumaat yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pahala kita. Buat baik ini banyak sebenarnya, cuma kita tak perasan bila kita buat baik. hehe . korang pergi kerja jangan lupa niatkan ia sebagai ibadah maka kerja itu dapat pahala. Kalau tak niat untuk ibadah maka tak dapat lah pahala ibadah .

Salam Jumaat buat semua .

sekian.




1 Comments

Previous Post Next Post