#2kerja

#2kerja

Baru-baru ini , Media sosial sekali lagi kembali hangat dengan  kenyataan yang di keluarkan Dato Ahmad Maslan. Beliau berkata

Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu mlm & hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan.
itu yang aku muat naik dari twitter beliau . ternyata satu lagi cadangan yang di berikan kepada rakyat Malaysia untuk menambah kan gaji atau pun pendapatan . Cadangan ini mendapat kecaman dari ramai netizen . pelbagai komen yang diberikan. terutamanya keburukan melakukan #2kerja dalam satu masa .

Bimbang apabila kenyataannya di salah tafsir oleh netizen, ahmad maslan bercakap kepada Astro Awani . Dan melalui twitter beliau juga mengeluarkan statement seperti berikut

Tajuk Awani ttg Kerajaan galakkan itu tak tepat.Saya sebut MITI galakkan business online utk tambah pendapatan & trend niaga terkini

Mungkin kenyataan beliau di salah tafsir bermula dengan tweet beliau seperti di bawah ini .


Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri, Ketua Penerangan UMNO. Ramai dah di Msia yg buat . Berusaha gigih cari rezeki yg halal


Kebanyakann dari netizen mula mengajar ahmad maslan mengenai perbezaan antara jawatan dan kerja. Apa yang di sebut oleh Ahmad Masaln merupakan jawatan, tetapi kerjanya tetap satu iaitu menteri.

dalam keaadan yang sudah tenat , kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu. Rakyat tengah buntu mmencari jalan keluar dalam masalah duit .Ditambah pula dengan kos pembiayaan untuk sekolah anak-anak juga meningkat. Menjadikan keadaan kini makin keruh dari biasa.


Aku tak mau komen panjang mengenai isu #2kerja ini, sebab aku yakin rakyat malaysia dah arif dengan banyak kerja. tapi untuk mereka yang menlakukan kerja lebih dari satu. pengorbanan mereka terhadap masa bersama keluarga harus di pertimbangkan. bagaimana mak ayah sibuk mencari duit untuk anak-anak hingga mereka terabai ?



Sebelum mencadangkan ' idea bernas " untuk di lakukan , better buat research atau kajian mengenai kondisi terkini masyarakat. aku tahu masyarakat pun dah cemuih dengan pemimpin-pemimpin sekarang ini. tapi rakyat itdak punya pilihan untuk berbuat apa, hanya terima sahaja.

sebaliknya pihak kerajaan perlu keluarkan satu kaedah bagi menyelamatkan ekonomi negara. Bukan hanya menindas rakyat dengan pelbagai cukai . aku bukan pakar ahli ekonomi nak cakap pasal ekonomi,tapi common sense kita pun boleh faham, ekonomi kita tengah teruk.


Pekerja-pekerja kilang di berhentikan kerja, syarikat-syarikat di tutup. bagaimana rakyat nak buat dua kerja sedangkan yang satu punbelum terjamin. Mungkin aku ulas dari tweet ahmad maslan mengenai 3 kerja yang di lakukan . berdasarkan itu sahaja. sebab tweet di atas tu, dikatakan netizen telah salah tafsir. jadi kita judge berdasar #3kerja yang beliau lakukan.



follow twitter aku ^_^

Untuk rakyat malaysia, buatlah kerja yang halal . semoga Allah berkatkan rezeki kita. walaupun sikit tapi cukup untuk semua ahli keluarga kita.


sekian.

ulasan berdasarkan entri astro awani

Previous Post Next Post