EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS !


EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS I Apabila berakhirnya episod akhir akulah balqis sebentar tadi. maka berakhirlah cerita balqis yang penuh liku-liku. Drama Akulah Balqis berjaya membawa satu gambaran baru bagi sesetengah orang tentang industri drama malaysia. bagi aku drama akulah Balqis ini adalah satu drama yang pernah di bawa dalam satu zaman di Malaysia.

Sebelum ini, rakyat malaysia suka cerita yang penuh suspen dan bermakna.tetapi kini situasi ini berubah bila mana ia berlalunya zaman tersebut.berbelitnya aku cakap. hahaha gini, sebenarnya zaman sekarang, penonton-penonton baru dalam kalangan anak muda sudah tidak berminati drama-drama yang perlu memerahkan otak.

Yang menjadi pilihan adalah drama-drama cinta dan drama-drama dari novel. Oh ya, mesti korang nak tau ending akulah balqis macam mana kan. dalam episod tadi, Adi dan Milda insaf atas perbuatan mereka yang selalu atau yang telah merampas kebahagian yamin dan seri.

Episod akhir akulah balqis !
gambar sumber : www.kakgojes.com

Walaupun berat untuk lepaskan balqis kepada Yamin dan Seri, tapi mereka tetap melakukannya . Alhamdulillah, akhirnya balqis kembali ke pangkuan ibu dan ayah nya. Dia juga terkejut bila melihat ibunya yang lumpuh sewaktu dia di hantar oleh Adi dan Milda ke rumah Seri.

Dan di akhir cerita, Yamin dan Seri membenarkan Balqis untuk berjumpa dengan Milda dan Adi lagi selepas ini. Maksudnya, depa kongsi kasih balqis dengan adi dan Milda. Baikkan akhlak keluarga balqis ni. aku pun terharu. cuma terfikir juga, ada ke manusia macam ni di luar sana ? kalau aku, huh sorry laa, kau larikan anak aku, lepas tu nak share pulakk. hiisshh * teremo pulak. haha

Kemudian, Mereka hidup bahagia, Milda mengandung kali kedua dan berjaya melahirkan anak lelaki sebagai adik balqis. persoalannya, adik kepada balqis tu membesar dengan cepat, tapi balqis dok kecik situ laahh. haha

Aku nak buat survey, aku dah baca #AkulahBalqis di twitter banyak feedback positif yang aku baca mengenai drama ini. jadi apa pendapat korang ? puas hati ? komen dekat bawah ni kay.

sekian.

p/s : esok drama Cinta si Wedding Planner menggantikan drama akulah balqis.




Previous Post Next Post