Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 6 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 6 Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya minggu ke enam konsert gegar vaganza 2019. Kami ada kongsikan live streaming untuk tontonan anda semalam kan.

Amacam? best tak persembahan semalam? Hahaha

Ramai yang cakap ada peserta menyanyi tak sedap langsung. Betul ke? Tapi ramai yang dah improve persembahan diorang kan.

Macam aku cakap minggu lepas, minggu ini pasti ada penyingkiran. Dan peserta yang tersingkir pada minggu ini adalah Feeza. Mungkin persembahan dia pada minggu ini kurang memuaskan.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 6 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


Sebelum tu jom recap top 3 minggu ke 5 minggu lepas adalah Naqiu di tempat pertama, Jatt di tempat kedua dan yang ketiga adalah One Nation Emcess.

Siapakah Top 3 minggu ke 6 ini? jom sambung baca di bawah.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 6 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1. Hady Mirza - Cinta Luar Biasa (81%)

Hetty Koes Endang: malam ini saya rasa persembahan anda bagus. Semua complete! Penjiwaan, artikulasi, klimaks ada. Itulah profesional!

Ramli MS: Inilah orang menyanyi, terima kasih Hady.


2. Naqiu Boboy - Juwita (78%)

Ramli MS: Tuhan tak bagi semua orang; bakat! Kamu ada. Bersyukur, guna sebaik mungkin dan sentiasa membumi. Kalau ingat kita bagus, ada orang lain lagi bagus.

Saari Amri: Saya sendiri pun terpegun, sebutan dia jelas.





3. Jatt Ali - Still Loving You (76%)

Hetty Koes Endang: Hampir sempurna dari awal sampai chorus. Sepatutnya jangan turunkan. Perlu improvisasi.


4. Nurfatima - Enggan (71%)

Saari Amri: Anda tak banyak buat silap.

Hetty Koes Endang: Penjiwaan, dinamik dapat. Lagu ini tak mudah. Ibaratnya memandu sampai puncak, dapat tembakan itu. Inilah lagu pertandingan. Vibrator harus ditahan.


5. Roy - Sonata Musim Salju (65%)

Saari Amri: Suka dgn suara jantan dia, salah satu vokal yang terbaik.

Hetty Koes Endang: Sangat cocok sekali dengan suara anda, penyampaian juga bernostalgia kerana lagu ini ada ceritanya. Perkataan 'permaisuri' tercekik.


6. Sham Visa - Suratan Takdir (64%)

Saari Amri: Suara anda sedap didengar macam zaman dulu. Suara sakit itu yang sedap dengar!

Ramli MS: Saya rasa lebih baik sakit. Effort jiwa tu lebih baik.

Hetty Koes Endang: Sebagai artis, musuh kita kesihatan terapi karakter suara kamu terserlah kali ini. Seharusnya lebih maksima lagi, overall saya suka dengan suara kamu.


7. Wann - Pengemis Cinta (59%)

Ramli MS: Sekarang dah tak lokek selalu sustain notasi hujung-hujung. Cara sendiri itu identiti penyanyi, tapi penyanyi kena ikut lagu. Patah lagu jangan tukar pendek sangat. Tapi anda sudah banyak improved.


8. Noorshila Amin - Karena Pengalaman (54%)

Hetty Koes Endang: Kalau nyanyi dangdut sangat sinonim dengan goyang dan cengkok. Tapi hati-hati dengan isi cerita dan mimik muka kerana tak selari. Sepatutnya anda rasa kesal. Daripada segi nyanyian, ada beberapa bahagian yang flat dan sharp, hati-hati juga dengan pernafasan. Namun, saya puji kerana kerana anda berani menyanyi genre lain.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 6 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

9. One Nation Emcees - Gadis Dan Bunga (52%)

Hetty Koes Endang: Saya teliti satu persatu, showmanship kalian terbaik! Kerana pertandingan saya dengar suara satu-persatu. Pembahagian suara kurang puas.


10. Feeza - Terus Mencintai (46%)

Ramli MS: Okey-okey, markah saya tak belanja.
Saari Amri: Macam tak rasa, mula-mula masuk macam terkucil sikit. Nampak penat.


Markah sumber: Astro Gempak.

[ DAH BACA? ] Senarai Lagu Minggu 7 Gegar Vaganza 2019.

Pemenang Anugerah Cili Padi Paling Sedap adalah Wann. Memang power persembahan dia semalam.

Mampukah Wann kekal sampai ke final? atau akan terkandas nanti?

Siapa pula peserta yang akan tersingkir minggu ke tujuh nanti? Sama-sama kita nantikan!

Aku dapat rasakan yang ada penyingkiran untuk minggu depan. tapi tak tahu lah betul ke tidak. hehe

Kita tunggu minggu depan ya.

Previous Post Next Post