Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 4 Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya minggu keempat konsert gegar vaganza 2019. Kami ada kongsikan live streaming untuk tontonan anda semalam kan.

Amacam? best tak persembahan semalam? Hahaha

Ramai yang cakap ada peserta menyanyi tak sedap langsung. Betul ke?

Peserta yang tersingkir minggu ini adalah Kumpulan Kool. 4 minggu mereka beraksi dan setakat ini sahaja rezeki mereka. Semoga berjaya di luar sana.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 4 Gegar Vaganza 2019 (GV6)



Sebelum tu jom recap top 3 minggu ke 3 minggu lepas adalah Naqiu di tempat pertama, Jatt Ali di tempat kedua dan yang ketiga adalah Wann.

Siapakah Top 3 minggu ke 4 ini? jom sambung baca di bawah.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 4 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1. Jatt & Ayai Ilusi - Debunga Wangi (77%)

Datuk Ramli MS: Inilah nyanyian duet! Orang lama komited dia lain. Nyanyian sama bagus.

2. Nurfatima & Liza Hanim - Anggapanmu (76%)

Hetty Koes Endang: Malam ni persembahan kamu yang paling baik sepanjang empat minggu. Bonda menanti di mana power kamu, sebelum ni tak dapat. Malam ni kolaborasi yang mantap. Ending, tembakannya tepat!

 3. Roy & Amelina - Yang Tersayang (75%)

Hetty Koes Endang: Salah satu peserta yang nekad. Lain daripada lain, sesuatu yang segar. Kamu berhasil dapat cengkok dangdut. Pentas ini besar, jangan duduk statik. Penggunaan suara dangdut sudah aman. Perpaduan kalian berdua berhasil. Bonda terhibur.

 4. Hady Mirza & Siti Sarah - Kisah Ku Inginkan (71%)

Datuk Jamal Abdillah: Umur 39 tahun awak boleh menyanyi baik macam ni, nada tiada yang sumbang dan tiada sharp, sedap kita dengar. Dapat bergabung dengan Siti Sarah, dia bagi yang terbaik. Padu!

Hetty Koes Endang: Persembahan hampir sempurna tapi tidak total. Terutama di bahagian ‘di dalam cinta’ kerana sharpnya sangat keluar daripada tone. Kalau fokus hilang, nada pasti tinggi. Persembahan hampir sempurna.

 5. One Nation Emcees & Azharina - Layar Impian (69%)

Datuk Ramli MS: Kalau saya bandingkan dengan lagu asal, saya anggap lagu ni macam remix, its very good. Saya sangat suka dan kagum dengan intellectual kamu. Pembahagian suara sama rata, ada warna, cantik. Saya suka. Thank you very much.

6. Sham Visa & Marsha Milan - My Heart (68%)




Datuk Jamal Abdillah: Sebuah lagu romantik dan anda telah lakukan dengan begitu baik sekali. Touching saya tengok dengan kelembutan dan penghayatan.

Hetty Koes Endang: Saya agak tersinggug kerana tadi perempuannya bersungguh tapi kamu tak beri respon. Kamu harus beri pandangan indah. Tersinggung hari ini saya sebagai wanita. Harus ada interaksi. Tak boleh enjoy sendiri. Lebihkan energi. Untuk malam ni,saya terhibur.

7. Naqiu Boboy & Siti Nordiana - Gurauan Berkasih (63%)

Datuk Ramli MS: Harini biasa sahaja. Nasi ayam habis. Thank you very much.

Hetty Koes Endang: Kalau saya suka yang minggu lepas. Kenapa tidak seperti last week? Kamu tidak total dan malu-malu. Itu bekas pacar kamu? Sebetulnya harus lebih total. Suara kamu bonda suka. Jgn malu-malu. Semoga sukses minggu depan.

8. Wann & Aris Ariwatan - Engkau Laksana Bulan (57%)

Datuk Jamal Abdillah: Nampak manis bila pakai macam tu. Percubaan yang baik dari Wan. Gandingan yang bagus.

9. Feeza & Hafiz Suip - Bagaikan Sakti (57%)

Hetty Koes Endang: Penampilan pertama Feeza awalnya bagus, ada etnik jawa dan sunda. Perbezaan nada biasa dan nada etnik boleh diperjelaskan. Keseluruhannya, sebagai peserta pertama, kamu aman.

 10. Noorshila Amin & Syamel - Aku Cinta (53%)

Datuk Jamal Abdillah: Sebuah lagu duet era terkini, jadi lagu ini sukar. Anda telah lakukan dengan hebat sekali.

 11. Kool & Farawahida - Siapa Dia Sebelum Aku (49%)


Datuk Ramli MS: Berselerak menyanyi. Nada satu dan dua agak bersepah. Harmoni untuk lagu duet pun bersepah. Anyway, good try.

Markah sumber: Astro Gempak.


Pemenang Anugerah Cili Padi Paling Sedap adalah Jatt Ali. Memang power persembahan dia semalam. Rugi kalau korang tak tengok.

Meremang bulu roma terus bila tengok jatt dengan ayai menyanyi. Fuhhh.

Siapa pula peserta yang akan tersingkir minggu ke lima nanti? Sama-sama kita nantikan!

Post a Comment

Previous Post Next Post