Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 3 Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya konsert minggu ke 3 gegar vaganza 6. Korang sempat tak tengok persembahan para peserta semalam? Ruginya kalau tak tengok. haha

Baik, takpa, nanti aku kongsikan full video ya.

Semalam juga kita menyaksikan seorang peserta tersingkir iaitu Ameer Sofarz. Kedudukan dia agak goyah dari minggu ke 2 dan minggu ke 3 dia tersingkir.

katanya nervous sangat sampai hilang fokus. Tapi suara dia tetap padu.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 3 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 3 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1.Naqiu Boboy - #123 (82%)

Ramli MS: semua lagu macam nasi ayam hang buat! Kamu punya intelektual sangat luas. Grafik emosi cantik. Kamu pandai berlakon juga, sangat bagus. Visual anda ketara.

Hetty Koes Endang: Semangat berjuang dan bertanding sangat kelihatan. Malam ini saya gembira... sukses! Jangan cepat puas.

[ dah baca? ] : Biodata Naqiu (klik untuk baca)

Rizalman: Anda dianugerahkan Allah apabila menyanyi segala pergerakan keluar. Semua deria berjalan satu masa.


2.Jatt - Awallah Dondang (80%)

Rizalman: Props dan set tak mengganggu persembahan. Saya kagum bila diberi bukan genre anda, tapi anda boleh mempersembahkannya dengan baik. Anda miliki vokal yang mantap dan boleh nyanyi pelbagai genre. Nak lebih lancar perlu belajar tarian.

Hetty Koes Endang: Penampilan ketiga-tiga minggu berbeza. Sebagai peserta perlu boleh bawa pelbagai genre. Syabas!

3.Wann - Asmaradana (74%)

Rizalman: Wann adalah Wann. Aura anda tetap ada walau apa juga lagu. Saya terhibur!

Ramli MS: Dia menyanyi sepenuh hati. Lagu ni mistik, tapi saya halalkan.

4.Nurfatima - Hati Kama (73%)

Hetty Koes Endang: Sebagai seorang penyanyi anda patut kenal panggung. Tempo, gerakan dan muzik tak kena. Anda sepatutnya kawal pernafasan apabila menyanyikan lagu duet. Kasi power sedikit. Gunakan kesempatan semaksima mungkin!

Rizalman: Saya berkenan dengan kostum. Ini merupakan pakaian Melayu yang dimodenkan. Anda menyerlah, warna pun cantik!

5.Hady Mirza - Ibu Kota Cinta (72%)

Ramli MS: Untuk penyanyi pop, anda menyanyi lagu rock dengan sangat bagus. Tak salah pilih anda antara juara minggu lepas.

[ Dah baca? ] : Biodata Hady Mirza (klik untuk baca)

6.One Nation Emcees - Gelora (70%)

Ramli: Adillah! Mereka rapper dan setiap ahli kerja 25-25-25-25. Tak ada jadi props! Lagu tak boleh nyanyi rendah, ada jiwa. Tak boleh dibandingkan. Percubaan & idea bagus!

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 3 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

7.Roy - Gila Judi (69%)

Rizalman: Kita sudah ada Datuk M Daud Kilau versi baru. Walau Roy menyanyi lagu M Daud Kilau, hanya kostum yang mengimbau tentang penyanyi itu. Gaya anda gentleman.

8.Noorshila Amin - Pelesit Kota (65%)

Hetty Koes Endang: Ini satu pengorbanan untuk nyanyi lagu rock. Kamu sudah total walau ada sedikit saja kurang. Boleh ikut gaya main gitar. Secara keseluruhan saya suka.

9.Kool - Lagu Zaman (59%)

Hetty Koes Endang: Artikulasi Hairie bagus. Namun, ketika bahagian duet perlu harmoni kerana kedengaran kurang yakin suaranya. Kedua-duanya perlu bertatapan.

10.Feeza - Temberang (59%)

Ramli MS: Vokal lambat masuk. Sebutan 'menggelenyar' kurang. Bila dapat lagu dangdut kena ada attitude.

11.Sham Visa - Sayang Sayang (58%)

Rizalman: Minggu lepas Tok Ram suruh keraskan pergerakan tapi apabila berdepan Sham, nasib baik gaya anda kena mengena dengan lagu dan genre. Cuma kurang interaksi dengan Dewi Remaja.

12.Ameer Sofazr - Samrah Mentari (54%)

Ramli MS: Dari mula sampai habis tuning tak sama. 10% je ok.

Hetty Koes Endang: Suara rendah anda terlalu tekan sampai maksud lagu tak sampai. Apabila tinggi terlalu banyak flat dan sharp. Tapi saya suka showmanship anda.

sumber : Astro Gempak.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 3 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

Pemenang Artis Cili Padi Paling Sedap dimenangi oleh Nurfatima!

Setiap minggu aku memang suka dengar suara dia. haha
Sedap weh.

Level siti nordiana tau.

Minggu ini Ameer Sofarz tersingkir, minggu depan siapa pula yang tersingkir?
Jom sama-sama kita nantikan.

Korang rasa, markah peserta minggu 3 gegar vaganza ni ada salah tak? ada tak yang bagi persembahan mantap tapi dapat markah sikit.

Jom komen pendapat korang dekat bawah ni ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post