Recents in Beach

HAEL & DAYANG TEPATI RAMALAN JUARA AJL 33, PERSEMBAHAN SUFIAN SUHAIMI CURI TUMPUAN

Mesti ramai yang dah tahu siapa juara AJL 33 kan. Ya, Hael dan Dayang berjaya merangkul tempat pertama dalam AJL kali ini. Tahniah di ucapkan.

Sebelum Anugerah Juara Lagu ni mula, aku ramal yang Hael akan menang satu anugerah dan terbukti benda tu. hehe

Lagu Haram berjaya membawa kedua-dua penyanyi ini sehingga tahap ini. Arrangement lagu ni pun tak kurang hebatnya juga kan.

logo AJL 33 yang dimenangi oleh Hael dan Dayang


Tempat kedua di menangi oleh Ara Johari dengan lagu BUNGA. Ramai yang tak sangka yang Ara mampu menang tapi rezeki dia kan.

Tempat ketiga menjadi milik Misha Omar dengan lagu Sampai bila. Memang power bila dengar Kak Mish menyanyi kan semalam. Sebab tu Misha Omar juga menang Anugerah Vokal terbaik AJL kali ni tau.

Dan yang menjadi tumpuan adalah persembahan sufian suhaimi dengan lagu Di matamu. Lagu ini berjaya membawa Sufian untuk merangkul anugerah persembahan terbaik AJL 33. Tahniah Pian. Ramai yang nangis lepas tengok persembahan tu semalam.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang, memang persembahan terbaik mereka semalam untuk para peminat mereka. Semoga tahun 2019 ini memberi peluang untuk mereka berkarya dengan lebih baik lagi.

Post a Comment

1 Comments