Recents in Beach

Senarai Pelakon Drama Aku Cinta Dia

Barisan pelakon drama aku cinta dia adalah seperti Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally dan Yuna Rahim. Sebenarnya drama ini dah lama pun di tayangkan di TV3 tapi aku jer yang lambat update dekat blog. hehe

Bil Episod : 20
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2018
Waktu Tayangan : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Saluran Tayangan : Slot Lestary TV3

SINOPSIS AKU CINTA DIA

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Laila. Dia ditinggalkan ketika majlis perkahwinan dia. Pengantin lelaki tidak memunculkan diri.

Laila nekad untuk keluar negara dan dia pergi ke Amsterdam. Setibanya dia di sana, dia menghadapi masalah kerana dia tersalah menempah bilik penginapan.

Senarai Pelakon Aku Cinta Dia


Dia berkenalan dengan Sarina dan sarina inilah yang membantu Laila untuk menyewa di tempat yang dia tinggal.

Selang beberapa ketika, muncul affan seorang lelaki yang datang ke Amsterdam untuk melawat Sarina.

Lama kelamaan rahsia makin terbongkar, Laila menceritakan kenapa dia ke Amsterdam. Rupanya dia ke sana kerana suka melihat gambar Affan di Amsterdam.

Oleh sebab itu, Affan mengambil keputusan untuk membawa Laila bersiar-siar. Lepas beberapa lama mereka berkenalan, Affan pun melamar Laila dan mereka berkahwin di Amsterdam.

Sarina pula ingin mencari ayah kandungnya di Malaysia, Laila pula takut untuk menceritakan perkara sebenar kepada keluarga dia.

Jadi, mampukah segala misteri ini terungkai dan bagaimana pula kesudahan cerita ini ?

Korang kena tengoklah dekat TV 3 yer. hehe

Post a Comment

0 Comments