Type something and hit enter

author photo
By On
Hai korang, dah lama aku tak tulis pasal pengalaman umrah aku baru ni kan. hehe baik aku nak sambung cerita ni.. aku dan keluarga memilih untuk menunaikan umrah dengan andalusia travel & tours.

sebab utama aku pilih andalusia adalah banyak review-review positif yang aku baca dan aku yakin agent ni tak tipu orang.. hehe biasalah kan sekarang ni bukan main banyak yang cuba ambil kesempatan dan dengan pihak andalusia ini , insyaallah boleh di percayai.

sebelum tu, aku nak ucap terima kasih sebab korang dah baca entri aku berkaitan dengan perjalanan umrah pertama, kemudian ziarah dalam dan akhir sekali ziarah luar. aku harap sangat korang bersemangat untuk berazam supaya dapat sampai dekat sana.

aku rasa entri berkaitan ziarah di madinah aku dah selesaikan. korang boleh rujuk pautan yang aku dah linkkan di atas ni ya.

jadi lepas ni kita fokuskan dekat mekah pula. mungkin ada cerita lain yang akan aku tulis. bergantung kepada masa dan kekuatan idea aku. hehehe

Umrah Dengan Andalusia Travel
Tiada yang Indah melainkan dapat melihat Kaabah. Semoga kita semua dapat sampai kesini lagi dan lagi.

Untuk umrah kami, harga yang ditawarkan adalah RM 6k lebih. dengan andalusia, korang boleh pilih pakej mana yang korang mahukan. nak pakej andalusia yang mahal boleh, nak murah pun boleh. korang boleh cari di laman web ini - http://www.andalusia2u.com/ atau http://www.umrah-ziarah.com/  .

ada banyak pakej menarik disediakan untuk keselesaan anda. ada juga pakej yang menawarkan pelancongan selepas umrah sama ada ke Turki,Mesir dan lain-lain.

Pengalaman Buat Umrah Pertama Kali Dengan Andalusia Travel


Bagi aku sepanjang 12 hari berurusan untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke madinah ni, aku boleh katakan mutawwif dan pegawai-pegawai andalusia ni memang mesra jemaah. mereka memang friendly dan apa sahaja persoalan yang korang nak tanya, mereka akan tolong jawabkan.

Kumpulan umrah aku ada 35 orang, kami semua puas hati dengan mutawwif kami kerana beliau seorang yang sangat membantu. suka senyum dan yang paling penting sporting. hehe

tak pernah penat layan karenah jemaah-jemaah walaupun beliau sakit. nama ustaz tu adalah Ustaz Firdaus Rezali. hehe promote sikit. hehe

pegawai-pegawai lain pun mesra dan friendly.

kadang-kadang kita risau, takut nak tanya soalan dan sebagainya kan.
dengan diorang ni, memang macam adik beradik dah.

boleh tanya dan orang cakap tak segan lah kan.

Pengalaman Buat Umrah Pertama Kali Dengan Andalusia Travel
Selfie depan kaabah sehari sebelum balik rasanya..lupa dah aku..

Cerita pengalaman Umrah Pertama


Perjalanan Umrah kami bermula di Madinah sebab kami ambil Flight dari Kuala Lumpur ke Madinah dan kemudian barulah ke Mekah.

jadi masa dalam flight, kami tak perlu lah pakai ihram. sebab kami ke madinah. kalau korang yang nak masuk mekah dulu, korang kena pakai ihram. sama ada di KLIA ataupun dalam flight.

selalunya diorang akan suruh pakai siap-siap. TANPA Niat Ihram.

nak niat ihram dekat mana? kalau dalam flight di Qarnul manazil atau tempat-tempat lain.

jangan risau, nanti pilot korang akan maklumkan tempat-tempat nak berniat ihram ya.

Untuk pengetahuan korang, pakej umrah andalusia ini meliputi perkhidmatan seperti membuat visa, penginapan, tiket flight dan pengangkutan di sana. jadi korang tak perlu lah risau nak cari hotel apa dekat sana dan sebagainya sebab semuanya akan diuruskan.

cumanya ada beberapa perkara yang korang kena selesaikan sendiri antaranya adalah passport, ambil gambar, surat suntikan vaksin untuk diserahkan kepada mereka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Kalau anda pertama kali akan berlepas, biasanya andalusia akan bagi 3 beg. satu beg luggage, satu hand carry dan satu lagi adalah beg sandang. korang kena pandai-pandai satukan semua barang korang mengikut ketiga-tiga beg itulah ya.

kemudian, korang letak tanda sama ada riben ataupun kad kecil dekat beg untuk tujuan memudahkan bila kita nak cari nanti.

ketika nak buat umrah yang pertama, inilah pengalaman yang tak dapat aku lupakan. disebabkan kami bertolak dari madinah , perjalanan mengambil masa 6 jam tak termasuk dengan kami berhenti dekat RNR untuk makan malam.

bagi yang datang dari madinah ke mekah, kita akan berniat ihram di Masjid Bir Ali. Bas akan berhenti di situ dan korang akan solat sunnat tahiyyatul masjid dan buat persedian untuk membuat umrah.

contohnya pakai ihram atau nak ke tandas dan sebagainya.

ikut arahan dari mutawwif korang ya.

Kami berhenti makan malam dekat Rnr. aku lupa nama tempat tu. tapi kalau jemaah andalusia dari madinah, memang akan berhenti dekat sini untuk makan malam serta solat jama' maghrib dan isyak sebelum masuk ke mekah.

kami makan nasi mandi weh, Ayam ada. Ikan pun ada. hehehe

lepas tu... Tido. hahaha

dalam bas, memang semua agak penat tapi kebanyakkan dah simpan tenaga dalam bas sebab ramai jer yang tido. hahaha sebabnya kami dijangka sampai ke mekah pada jam 10 malam. dan kami sampai 10 lebih dan ustaz cakap, pukul 11 turun balik untuk buat umrah.

Jus buah di mekah
Sempat merasa jus buah di mekah. kalau pergi tanah arab, mesti cuba jus diorang. sebab pure gila.



di Mekah kami tinggal di hotel Malak Ajyad.
10 minit jugalah nak sampai ke perkarangan masjidil haram.

kena keluar awal untuk solat berjemaah di tempat yang selesa.

aku pernah turun terlewat, alamatnya masbu' lah..
kena solat dekat luar sebab tak sempat nak naik atas..

berbalik kepada pakaian ihram

ada yang risau, boleh ke buka kain ihram tu ?

jawapannya boleh sahaja, cumanya korang kena pasti pantang larang ihram tu korang tak langgar lah. nak pergi toilet pun tak ada masalah, boleh pakai tuala dekat hotel tu .

.. lepas semua dah bersihkan diri,
kami pun turun dan mulakan perjalanan ke masjidil haram.

... masa ni macam tak percaya, betul ke aku dah sampai mekah ni !!
hehehe

alhamdulillah syukur sangat .

kami masuk melalui pintu di sebelah pintu king abdul aziz. sekarang ni diorang dah buat laluan untuk ke tempat tawah dekat dengan kaabah dan disebabkan mereka tengah buat pengubah suaian telaga zam zam tu, jadi tempat agak terhad sikit.

kena banyak bersabarlah ya .

kami mulakan umrah pertama kami dari Hajaratul aswad dengan panduan dari mutawwif andalusia. ustaz firdaus kata dia akan baca doa kuat-kuat, kalau kita tak tau nak doa apa, amin kan doa dia jer. hehehe

disebabkan setiap pusingan tu ambil masa beberapa minit, jadi kita boleh baca doa yang ada dalam buku panduan umrah andalusia yang diberikan untuk setiap jemaah ataupun nak zikir ke ataupun nak doa sendiri-sendiri pun boleh.

selesai tawaf 7 pusingan, kami solat sunnat tawaf dua rakaat, kemudian minum air zamzam dan kemudian kami menuju ke tempat saei. ingat tau tempat saei bermula dari SAFA dan berakhir di Marwah sebanyak 7 pusingan dengan yakin.

masa ni pengalaman yang tak dapat di lupakan bila mana kaki aku betul-betul sakit, jadi aku ambil keputusan untuk berjalan sahaja. tak mampu nak lari. itu pun alhamdulillah dapat habiskan 7 pusingan.

setelah selesai, kita diminta dan diwajibkan bertahalul supaya kita boleh keluar dari pantang larang ihram. setelah selesai, kami berdoa dan ustaz bagi tazkirah tunjukkan tempat-tempat yang mana pernah menjadi rumah Rasulullah ketika di mekah.

ustaz juga tunjukkan pintu mana yang rasulullah masuk ke masjidil haram ketika hayat baginda.
Allahu, sebak tak terhingga.


selepas itu, kami dibenarkan balik ke hotel dan berehat.

perasaan bila habis ?

Syukur sebab walaupun sakit kaki , tetap dapat habis kan. punyalah berdoa bagi dapat habis semua sekali. hehehe sebab takut kalau dalam ihram lama-lama nanti ada yang terlanggar pantang larang lak kan.

hari kedua di bumi mekah ubai buat apa ?


haaa, hari kedua kami di sini, kami diberikan rehat sehari kerana keletihan. habis buat umrah pertama pun dalam 2 atau 3 pagi.. jadi sehari rehat ini membantu untuk kita kembali kan tenaga untuk umrah kedua dan seterusnya.

dengan andalusia, anda akan diajar sebanyak 3 kali untuk umrah bersama mutawwif dan selebihnya anda kena buat sendiri tau. kalau tak tahu, banyakkan bertanya dengan mutawwif.

Hari ketiga kami di bumi mekah ...


kami melawat tempat-tempat haji seperti Mina, Muzdhalifah, padang arafah dan kami berniat umrah di Ja'ranah untuk umrah kedua kami.

jabal rahmah, mekah
Jabal Rahmah ni orang melayu selalu cakap tempat doa jodoh. ustaz pun tak tau sebab apa orang panggil macam tu..

apa yang jadi masa umrah kedua ? hehehe tak ada apa pun yang terjadi. biasa sahaja. macam umrah pertama. nanti aku ceritakan dengan korang mengenai tempat-tempat buat haji yang aku melawat tu ya.

doakan aku ada idea nak menulis lagi selepas ini. hehe

bagi korang yang baru pertama kali nak buat umrah, aku nasihatkan korang untuk jangan risau dan jangan fikir yang bukan-bukan. yang paling penting study dulu dekat rumah atau kalau tak sempat sekali pun, ikut belakang ustaz.

kalau rasa was-was mengenai hukum, terus rujuk ustaz atau mutawwif korang. insyaallah mereka akan membantu.

akhir sekali, bagi yang belum sampai ke mekah dan madinah. mulalah kumpul duit sikit demi sikit. mulakan hari ini. aku tak pandai menyimpan. hehe ni pun sebab parent aku belanja. jadi mungkin aku tak rasa kesukaran menyimpan untuk buat umrah ni.

tapi aku boleh kata, usaha korang menyimpan itu pasti akan berbaloi dan korang akan rasai benda ni bila dah sampai dekat sana. aku dah rasa. aku harap anda semua pun akan rasa benda yang sama.

sekarang ni, kita usaha.

Pengalaman Buat Umrah Pertama Kali Dengan Andalusia Travel
Jabal Thur. tinggi bukit ni. aku tak dapat bayang macam mana Rasulullah naik dengan Saidina Abu Bakar dulu. aku tengok pun dah takut.


boleh dah padam tabung ke korea atau ke tempat lain dan digantikan dengan tabung umrah pula. kita pergi sana dulu baru lah kita pergi melancong ke tempat-tempat lain pula ya. Insyaallah.

aku hanya kongsikan pengalaman umrah aku sahaja. bukan untuk menunjuk-nunjuk. sekadar nak bagi semangat dan menyampaikan keizzahan dan kehebatan bumi mekah dan madinah sahaja. semoga bermanfaat.

alamak, dah jadi formal lak tulisan aku ni. hahaha
jemput komen dekat bawah tau.

terima kasih .

Jom komen dibawah

Comments
3 Comments

3 comments

avatar

SubhanaAllah..betapa indahnya bila dapat melihat kaabah depan mata...kiblat ummat Islam..ummat Muhammad SAW...teringin sangat-sangat nak ke sana...Allahu..

avatar

waah... bestnya dpat pergi umrah... bukan semua orang boleh dapat ni..

Click to comment