Ziarah Luar di Sekitar Madinah pada Hari Kedua

Ziarah Luar di Sekitar Madinah pada Hari Kedua. Itu tajuk kita hari ini. memandangkan aku pun tak ada idea nak tulis benda lain, jadi aku tulis benda ni lah yer. hehehe aku yakin ramai yang dah baca entri hari pertama aku di madinah kan, jadi sekarang ni kita bergerak pula untuk hari kedua. kali ini kami ziarah jauh sikit dari masjid nabawi sebab itu ziarah ni di namakan ziarah luar..

Ziarah Luar di Sekitar Madinah pada Hari Kedua

Ziarah luar kali ini kami pergi ke 3 tempat iaitu Masjid Quba , Pasar Kurma dan juga Bukit Uhud. kami juga melalui masjid qiblatain tapi kami tak turun pun. sebabnya andalusia travel kata, selalu jemaah akan hilang barang dekat sini.

untuk mengelakkan dari sesuatu yang memudaratkan, maka kami hanya lalu sahaja di Masjid Qiblatain.

baik.

📹  Lokasi @ tempat pertama kami melawat untuk ziarah luar madinah adalah MASJID QUBA.

Sejarah Masjid Quba adalah sebuah masjid yang pertama di bina di dalam Islam. Masjid Quba di bina oleh Rasulullah sebelum memasuki kota madinah.

Ziarah Luar di Sekitar Madinah pada Hari Kedua
Masjid quba yang dirindui..


... Banyak peristiwa yang berlaku di sini.

kalau korang datang sini , solatlah sunat dua rakaat dekat sini.
Ganjaran dia korang nak tahu apa ?

ganjaran dia adalah solat dua rakaat di masjid quba seperti pahalanya satu umrah.

jadi kalau datang dekat sini,
jangan lepaskan peluang untuk solat dua rakaat dekat sini tau.

dalam kawasan sini juga akan ada yang menjual buah delima, buah kurma, kacang dan lain-lain lagi.
terpulang untuk korang nak beli atau tidak. disebabkan korang nak ke ladang kurma, jadi aku cadangkan korang beli dekat sana jer..

📹   Lokasi kedua kami melawat selepas Masjid Quba adalah Ladang Kurma.
apa yang ada dekat sini ?

ladang kurma madinah
ramai dan meriah sungguh ladang kurma niii..


mestilah tempat jual kurma dan ladang dia.

kalau korang masuk sahaja tempat ni, mesti korang akan teruja sebab banyak gila jenis kurma yang dijual di sini. ada yang aku tahu nama, ada juga yang aku tak tau. hehe

yang bestnya dekat sini, korang boleh rasa pelbagai jenis kurma.

dia akan bagi kita rasa.
ada juga yang kata, makan jer banyak-banyak. tak yah beli.

hehehe
kesian pulak dekat tauke kedai tu nanti kan. hehehe

kalau dari cerita ustaz kami, ini antara lokasi yang kurmanya murah berbanding tempat-tempat lain. jadi memang sesuai kalau korang nak beli kurma siap-siap dekat sini untuk dibawa pulang ke Malaysia.
ladang kurma
ini jer aku dapat, nanti aku upload dekat insta yer

Dekat sini juga ada ladang kurma, tapi yang dibuka untuk pengunjung untuk bergambar adalah kawasan yang secoet jerr.. hehe tapi okaylah kan dari tak da.. hehe

📹   selepas borong sakan kurma dekat sini, kami bergerak ke lokasi ketiga iaitu bukit uhud. Bukit ini menjadi medan peperangan badar yang mana pasukan tentera islam ketika itu hampir tewas kerana mereka meninggalkan perintah Rasulullah dengan meninggalkan tempat persembunyian mereka.

ketika peperangan badar berlangsung, tentera islam hampir memenangai peperangan tersebut pada peringkat awalnya. setelah melihat musuh sudah melarikan diri, beberapa orang tentera Islam membuat keputusan untuk turun dari bukit dimana mereka jadi tempat ini sebegai tempat memanah.

makam syuhada uhud
dalam pagar ni ada banyak makam syuhada termasuk lah 3 sahabat yang aku sebutkan di bawah ni..


apa yang jadi selepas itu adalah tentera musuh dapat tahu yang mereka tentera islam sudah turun. jadi diorang naik dekat atas bukit lalu mereka bunuh baki yang masih taat dengan perintah rasulullah S.AW.

Baginda menyuruh, walau apa pun terjadi jangan turun dari bukit ini. tapi sayangnya mereka tetap turun. akhirnya mereka syahid di medan badar.

tetapi dalam peperangan ini selepas itu, tentera Islam kembali menang dalam pertarungan tersebut.

dekat sini juga ada ada  banyak makam syuhada uhud yang ditanamkan di sini.antaranya adalah Abdullah  bin jash , Mus'ab bin Umair dan juga Hamzah bin abdul Muthalib.

korang tahu,

beberapa tahun lepas, berlakunya banjir di sekitar bukit uhud ini. jadi ada beberapa makam para sahabat yang runtuh dan yang mengejutkan adalah apabila di lihat pada mayat yang ditanam ketika zaman rasulullah ini masih seperti biasa.

tubuh mereka tidak di makan oleh tanah. bahkan ada yang mengatakan badan mereka masih berdarah. Subhanaallah, hebatkan Allah. DIA jaga kekasih hati dia dan para syuhada berada di tempat yang mulia.

ada kisah yang berlaku di Uhud ini yang membuatkan Rasulullah berasa Sedih. kisah tersebut adalah pembunuhan Hamzah Bin Abdul Muthalib iaitu bapa saudara baginda yang sangat baginda sayangi. bahkan kematian hamzah sangatlah ngeri kerana hatinya di robek oleh wahsyi yang diupah oleh hendon.

Melihat jenazah hamzah, rasulullah sangat sedih..
mana mungkin kita tak sedih bila orang yang kita sayang meninggalkan kita..

sungguh di medan uhud inilah menjadi saksi pertarungan hebat antara ummat islam dan musyrikin...

kalau nak cerita dekat sini, memang panjang sebab setiap syuhada itu ada kisah yang tersendiri. sebagai contoh Mus'ab bin Umair yang merupakan seorang yang tampan dan kaya sebelum Islamnya. tetapi setelah memeluk Islam dia meninggalkan kekayaannya dan ketika beliau gugur syahid, kain kafan tidak cukup untuk membaluti jenazahnya.

hebat sungguh pengorbanan sahabat-sahabat dahulu demi Islam.

📣  semoga kita juga ambil Ibrah dan pengajaran dalam kisah yang aku kongsikan hari ni. inilah cerita serba sedikit mengenai ziarah luar di sekitar kawasan Madinah ini pada hari kedua aku dekat sini. sungguh banyak lagi cerita yang aku nak kongsikan dengan korang , tapi mungkin dalam entri seterusnya..

terima kasih kerana sudi membaca.
dipersilakan share jika perkongsian ini bermanfaat.

sekian.

Previous Post Next Post