Type something and hit enter

author photo
By On
Hai korang, hari ni aku nak cerita balik pengalaman umrah aku. kali ni kita mula dari hari pertama yang mana aku dan rombongan dibawa melawat tempat bersejarah di sekitar Masjid Nabawi. untuk korang yang belum pernah sampai, keluasan masjid nabawi ini sangat-sangat lah besar.. hehe mula-mula masuk dalam kawasan ni rasa macam , " eh bila nak sampai dekat pintu masuk ni ". hehehe

jahatkan mulut aku.

hehehe

tapi itulah hakikatnya.

Melawat Sekitar Masjid Nabawi


jarak dari pagar nak ke pintu masjid pun agak jauh. jadi korang memang perlu stamina yang banyak untuk berjalan. setakat ni kena keluar awal jer lah untuk solat di masjid nabawi. kalau tak, korang boleh masbuk lak nanti.. hehe

*masbuk ( orang yang solat jemaah bersamaa imam selepas imam selesai rukuk kali pertama ).

kami berkumpul awal dan mula berjalan ke lokasi bersejarah yang terdapat di sekitar masjid nabawi.

Sebelum tu, aku nak cakap terima kasih sebab sudi baca entri umrah pertama aku yang aku tulis sebelum ni... kalau belum baca boleh ke pautan ini - Perjalanan Umrah kali pertama yang mengujakan .

baik,

lokasi pertama yang kami lawati adalah : Saqifah Bani Saadah .

Saqifah Bani Saadah, madinah sejarah

gambar sumber : google.

aku tak sempat nak snap. hehehe

... dekat sinilah merupakan kawasan dimana berlakunya perlantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

tempat ni dikekalkan sehingga ke hari ini.
alhamdulillah.

... Korang pernah dengar cerita perlantikan saidin abu bakar ni tak? jom aku ceritakan sikit untuk korang mudah faham.

selepas rasulullah wafat, Saidina Omar adalah orang yang tak boleh terima dengan berita ini...
jadi saidina omar berkata " siapa yang kata Muhammad dah Wafat, aku akan pancung dia ."

sungguh hebat kasih sahabat dengan rasulullah. selepas itu, orang makin ramai datang selepas mendengar perkhabaran itu.

Saidina Abu Bakar pun tiba. bila dia mendengar Saidina Omar kata macam tu. saidina abu bakar pun berkata :

" Siapa sembah Muhammad, sungguh dia telah wafat . Sesiapa yang sembah Allah, DIA kekal sampai bila-bila "

mendengar kata-kata saidina abu bakar, saidina omar akhirnya akur dan menerima kenyataan yang Rasulullah telah wafat.

setelah itu ada sahabat yang mencadangkan supaya mereka mencari ketua baru untuk memimpin mereka..

maka pelbagai nama di cadangkan. dan Saidina Omar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kerana beliau lah orang paling dekat dengan Rasulullah.

akhirnya semua kaum ketika itu menerima cadangan itu dan melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama.

haaa.. itulah serba ringkas kisah mengenai perlantikan Saidina Abu Bakar.

Selepas melawat Saqifah Bani Saadah, kami meneruskan perjalanan ke pasar yang mana pasar ini masih wujud sejak dari zaman rasulullah sehinggalah ke hari ini. kawasan tapak itu dikekalkan sehingga sekarang.

pasar madinah
Melawat Sekitar Masjid Nabawi

Pasar Madinah dalam gambar atas ini .

aku tak beli apa pun dekat sini, sebab kedai tak buka lagi.. hehehe

lepas tu kami ditunjukkan dengan muzium-muzium di sekitar masjid nabawi ini. kalau nak masuk, kena masuk sendiri.. hehehe ustaz tak bawa masuk..

jadi kami pun tak masuk lah. hehehe

lepas itu, perasaan berkobar-kobar mula muncul dalam hati ni.
sebabnya kami menuju ke MAKAM RASULULLAH S.A.W.

masa ni allah sahaja tahu perasaan seronok, gemuruh dan macam-macam lagi.
nak jumpa dengan kekasih hati, mesti lah nervous kan. hehehe

tapi masa tu , rasa malu pun ada.
aku ni banyak dosa, lepas tu nak jumpa dengan orang paling mulia di dunia dan akhirat ni..

fuhh.
hati mula jadi sebak.

aku teruskan berjalan.
sebelum masuk kita di sunnatkan untuk bagi sedekah dekat siapa sahaja yang kita nak bagi.
korang boleh bagi dekat pekerja-pekerja yang ada dekat sana.

Bila masuk masjid jer, kami terus solat tahiyyatul masjid.
dan mula menuju ke makam rasulullah.

bagi korang yang akan pergi nanti,
korang cari pintu number 1 untuk terus ke makam rasulullah tau.

sebelum sampai ke makam rasulullah,
kami ditunjukkan dengan raudhah.

❤Rasulullah S.A.W bersabda " diantara rumah aku dan mimbar aku ada raudhah "

selepas itu, kami pun bergerak dan menuju ke makam rasulullah.
sampai dekat sini, aku masih tercari-cari di mana makam rasulullah.

almaklumlah baru kali pertama kan.
lepas di tunjuk baru aku tahu.

selepas Raudhah, kemudian makam rasulullah , makam saidina abu bakar dan kemudian barulah makam saidina omar.

sungguh masa ni rasa sebak sangat.
tak sangka dapat bertemu dengan manusia agong ini.

❤Rasulullah bersabda, " siapa yang ziarah aku ketika aku sudah wafat, sama dengan dia ziarah aku ketika aku hidup ".

nak apa lagi dalam dunia ni ?
dapat bertemu dengan manusia hebat, kekasih Allah ini lah pengalaman terbaik dalam hidup aku.

selepas tu , kami keluar dan menuju ke perkuburan Baqi'.

dekat sini terdapat lebih 10 ribu  para sahabat dan ahli keluarga rasulullah di makam kan di sini.
subhanallah.

bila di bumi madinah ini, kita akan rasa dekat dengan keluarga rasulullah dan para sahabat yang lain.
selepas selesai menziarahi Baqi' , kami pun bersurai dan kami dibenarkan buat aktiviti masing-masing selepas itu.

Keesokan harinya pula, kami dibawa untuk ziarah luar iaitu di sekitar kawasan madinah ini. aku ada buat post dekat insta mengenai ziarah luar ni. korang pergi lah follow ig ni - https://www.instagram.com/ubaiismail93/

Untuk ziarah luar ni , aku akan update kemudian ya. tunggu tau entri aku seterusnya..
banyak lagi tempat menarik yang aku nak kongsikan dengan korang.

nak bagi semangat dekat korang untuk sampai dekat sana nanti.
sekarang ni kita kumpul duit sama-sama.

niat mesti dah kena ada. dan doa banyak-banyak..
insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah.

jumpa lagi..
follow blog ni juga tau.

3 comments

avatar

Subhanallah.. seronok

avatar

Semoga kita semua dapat sampai ke sana

Click to comment