Perjalanan Umrah Kali Pertama Yang Sangat Mengujakan

Perjalanan Umrah Kali Pertama. Tanggal 29 januari 2018 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup aku sebenarnya. Perjalananan ibadah umrah aku yang buat pertama kalinya bermula. bila sebut pasal umrah, kita mesti rasa nak tahu macam mana kisah ibadah umrah di lakukan dan juga pengalaman umrah pertama ni kan.. nervous sangatttt... hahaha

jadi jom kita mulakan sesi perkongsian aku ini.

Perjalanan Umrah Kali Pertama Yang Sangat Mengujakan


PERSEDIAAN Sebelum menunaikan umrah untuk aku bermula agak lewat sikit. aku mula pun 2 minggu sebelum pergi umrah. jadi kalau korang rasa tak mau stress, beli barang sikit-sikit tapi awal . hehehe... kalau tidak kelam kabut dibuatnya.

Apa yang nak kena bawa pergi umrah nanti ? 


Sebenarnya untuk list barang, syarikat atau agen umrah korang akan bagi list cadangan untuk korang bawa. bagi aku benda penting untuk LELAKI adalah

1. Ihram
2. Tali Pinggang Ihram
3. Gunting

... selebihnya korang hanya akan ulang alik ke masjid ataupun berziarah ke tempat-tempat bersejarah, jadi korang boleh berpakaian biasa ( baju melayu atau kurta atau jubah atau T-Shirt biasa )

faham kan. jadi mudah jer kalau nak cari pakaian untuk bawa ke mekah dan madinah nanti.

Untuk perempuan pula korang kena bawa kelengkapan korang, yang pastinya kena bawa pakaian yang menutup aurat. ingat kita ni pergi tempat yang penuh dengan kemuliaan, jangan cemari tempat ini dengan dosa-dosa kita.

faham kan.

Aku mula bertolak ....


Flight aku ke madinah berlepas dari Malaysia pada pukul 4.30 petang. jadi kami kumpul dekat sana awal gila. hehehe sebab flight dari penang pukul 6 lebih waktu pagi. jadi terpaksalah gerak awal... memang letih sikit lah sebabnya waktu yang boleh rehat tapi kita dah dalam travel.

tapi tak pa tahan je lah kan. hehehe

kami sampai dekat madinah pukul 8 lebih waktu sana. untuk pengetahuan korang. dekat madinah masa ni masih dalam musim sejuk. jadi faham-faham jelah. kena bawa baju tebal sikit .

aku lak jenis yang tak tahan sejuk..
memang mengelupor orang perak cakap masa kena suhu sejuk tu..


Perjalanan Umrah Kali Pertama Yang Sangat Mengujakan







bila sampai dua tanah haram ni, selalu kena tanam yang sakit ni mungkin ujian untuk kita. 

Jadi kita kena KUAT !
hehehe

banyak ujian yang aku kena, tapi aku malas nak cerita dekat korang.
sebabnya, tak besar mana pun...

alhamdulillah Allah tolong kan.

Dekat madinah, aktiviti yang kami lakukan adalah ziarah Rasulullah dan tempat-tempat bersejarah di sekitar madinah. antaranya adalah Masjid Quba, Ladang Kurma dan lain-lain.

umrah pertama

di sebabkan ini pengalaman pertama pergi umrah dan madinah, jadi kami semua teruja gila-gila bila dapat masuk ke masjid nabi dan belajar sejarah-sejarah yang ada di sekitar kawasan tersebut.

👉Ustaz firdaus merupakan mutawwif kami kali ni, dia ada kata " mungkin tapak kaki yang kita jalan hari ini adalah tapak kaki yang sama Rasulullah jalan ketika hayat baginda "

Perjalanan Umrah Kali Pertama Yang Sangat Mengujakan

masa ni, terus rasa sebak dan nangis.
Allahu, rasa kerdil diri ini bila teringatkan baginda.

5 Hari Kemudian ....


kami mula masuk ke mekah, masa ni hari jumaat. lepas solat jumaat, kami bertolak dalam pakaian ihram ke mekah. perjalanan ambil masa 6 ke 7 jam dari madinah. masa ni ramai yang berehat kejap.

sebab apa?

Perjalanan Umrah Kali Pertama


sebabnya adalah sampai sahaja di mekah, terus akan buat umrah. jadi masing-masing simpan tenaga untuk buat umrah pertama kami. teruja gila masa ni.

rasa macam tak percaya ja kan dah boleh sampai ke sini.

kami duduk di mekah selama 8 hari 7 malam.
pihak Agent kami iaitu andalusia travel akan menolong kami untuk buat umrah sebanyak 3 kali. selebihnya korang buat sendiri lah. hehe

di mekah banyak habiskan ulang alik ke masjid jer.
nak jalan-jalan tempat lain pun tak leh sebab aku sakit kaki.

ada ja aktiviti yang korang boleh buat dekat sini.
contohnya, naik gua hira, melawat padang arafah, tempat melontar, Mina, Muzdhalifah, gunung thur dan banyak lai tempat-tempat menarik di sekitar kawasan mekah ni.

boleh dikatakan setiap hari ada sahaja program yang diaturkan oleh pihak andalusia untuk kami. jadi tak lah boring kan.

selesai 8 hari, kami pun pulang ke malaysia pada 9hb Febuari baru ni dengan pengalaman pertama kali mengerjakan umrah dan ziarah ni. Sungguh seronok dan korang kena datang sini tau...

cepat simpan duit banyak-banyak.
lepas tu pi buat umrah dan ziarah madinah.

tak yah lah beli iphone tu..
tak yah lah pergi korea.
takyah lah pergi tempat lain.

mai mekah dengan madinah dulu, lepas tu baru pergi tempat lain tau. aku doakan kita semua dapat pergi ke tanah haram ni dalam masa terdekat. insyaallah. AMIIIN.

p/s: nantikan sambungan entri ni tau.. ada banyak lagi yang aku nak cerita.. hehehe


Previous Post Next Post