Tonton Peserta Gegar Lawak 2018 di Astro Warna Setiap Jumaat



Peserta Gegar Lawak 2018


Tonton Peserta Gegar Lawak 2018 di Astro Warna Setiap Jumaat, Mulai hari ini, setiap minggu akan ada program lawak terbaru iaitu GEGAR LAWAK 2018. antara peserta yang mengambil bahagian adalah yang terdiri dari pelbagai latar belakang. mereka melalui proses ujibakat terlebih dahulu sebelum di pilih menjadi peserta gegar lawak 2018 kali ini.

Senarai Penuh Peserta GEGAR LAWAK 2018


👉 senarai peserta gegar lawak 2018 adalah  Hezry, Tasya ( adik achey ) , Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Abata & Kiut. program ini akan di hoskan oleh Kamal Adli dan Fad Bocey !! ~

... rancangan ini akan bersiaran pada setiap hari jumaat , pada jam 10 malam. kiranya waktu sepahtu reunion sebelum ni. untuk pengetahuan korang juga, gegar lawak 2018 ini merupakan rancangan yang berkonsepkan komedi di saluran Astro Warna.

ia merupakan sambungan dari program lawak solo.
cumanya musim ini ada kelainan sikit.

Peserta Gegar Lawak 2018 di Astro Warna Setiap Jumaat

antaranya adalah terdapat peserta single, duo dan juga TRIO.
jadi persaingan antara mereka di pentas gegar lawak ini mesti lebih mencabar berbanding musim lepas.

Juri gegar lawak 2018 pula terdiri dari dua orang juri. satu juri tetap iaitu douglas lim dan juga juri jemputan setiap minggu.

manakala Tauke, Dzawin, Ali Putih dan Nizam Jentik Jentik pula akan menjadi rakan komedi untuk peserta program gegar lawak ni. Tugas mereka adalah memberi panduan dan dorongan kepada peserta yang bertanding. macam sifu lah. hehe

Tak sabar nak tengok semua peserta bertanding kan. agak-agak siapa yang paling menonjol musim ni? kita kena tengok dulu lah persembahan minggu pertama kan . hehe selamat menonton.

Previous Post Next Post