Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji ke Maybank Secara Online

Transfer Duit Tabung Haji ke Maybank Secara Online

Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji (TH) ke Maybank Secara Online, Hai korang. baru ni kita sibuk dengan urusan penukaran kad bank betul tak? . hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku pindahkan duit tabung haji aku ke maybank dan yang paling penting aku buat secara online sahaja melalui maybank2u. mudah kan. tak perlupergi dan beratur tunggu giliran dekat kaunter TH. hehe

betul ke boleh tansfer duit tabung haji secara online jer ? jawapannya adalah YA ! nak kena guna tabung haji online ke macam mana????  hehehe jadi macam mana cara dia? ini aku nak ceritakan dekat korang.

Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji ke Maybank Secara Online


👉 Pertama , korang mesti kena ada akaun maybank dan tabung haji.

👉 Kedua, Daftarkan nombor akaun tabung haji di maybank. * korang boleh buat dekat ATM sahaja.

Cara daftar nombor akaun TH di ATM Maybank adalah pertama, korang masukkan kad kemudian isi password korang macam biasa. kemudian korang akan dibawa ke dashboard atau main menu dia kan.

di sini, korang klik Tabung haji. kemudian, akan ada satu pilihan untuk memilih daftar nombor tabung haji.

lepas tu korang klik dan masukkan nombor akaun korang.

PASTIKAN KORANG BAWA BUKU BANK TABUNG HAJI ATAU NUMBER AKAUN.
LAGI SATU, DIA NAK JUGA NO SIRI BUKU TABUNG HAJI.

kalau aku, aku bawa terus buku tabung haji tu. hehehe
senang sikit. semua maklumat ada dekat situ.

Fungsi lain bila korang dah daftar dengan maybank2u adalah korang akan mudah untuk semak baki akaun Tabung Haji korang. lepas ni kalau nak pergi umrah ke atau Haji akan lebih mudah untuk kita rancang dan simpan duit setiap bulan.

selepas register, korang sambung tutorial nak transfer duit ke maybank dekat bawah ni tau.

👉 Ketiga, korang buka Maybank2u.com, isi password macam biasa.

👉 Keempat, tekan Account and Banking .

Transfer Tabung Haji ke Maybank Secara Online

👉 Kelima, tekan tabung haji di bahagian belah kiri screen anda.

pindah duit Tabung Haji ke Maybank Secara Online

👉 keenam, di sini ada 3 bahagian.

Transfer Duit Tabung Haji ke Maybank Secara Online

a) Balance Inquiry *semak baki dalam tabung haji
b) Transfer Fund .
c) Hajj Registration *untuk korang yang nak daftar haji, boleh buat online jerr !!

👉 Ketujuh, Pilih bahagian " TH to Maybank Own Account Transfer ".

👉 Kelapan, lengkapkan transfer duit tersebut macam transfer duit biasa.

Transfer Duit Tabung Haji ke Maybank Secara Online
dan selesai !

oh ya, kalau korang juga boleh baca entri berkaitan cara tukar number phone untuk tac number maybank2u.com tau.

hehe mudah jer kan bila semua benda boleh buat online.

lepas korang dah transfer ke Maybank, baru lah boleh transfer ke bank-bank lain. alhamdulillah selesai tutorial kita hari ni. hehe

harap korang faham lah yer, lepas ni nak transfer duit tabung haji ke maybank atau maybank ke tabung haji, korang boleh buat dah secara online. mudah dan pantas gitu.

tolong share entri ni kalau korang rasa ia berguna. aku rasa ia berguna kan. hehehe
sekian .


3 Comments

Previous Post Next Post