Lazada 12.12 Online Revolution Kembali Lagi . Barang apa yang best ?

Assalamualaikum. hari ni sibuk sikit sebab pagi tadi ada exam. dia punya stress tu, fuhh kemain lagi. hahaha dah lah tak study lepas tu masuk exam. agak-agak keputusan nanti macam mana lah kan . hehe korang kali terakhir ambil exam bila ? komen dekat bawah ya.

Online Revolution

Lazada 12.12 Online Revolution Kembali Lagi .


Aku tau korang nak tahu pasal lazada 12.12 ni kan. sebelum tu, aku dah cerita pasal pengalaman ngeri semasa shopping 11.11 dengan lazada hari tu. terima kasih kalau korang dah baca. kalau belum, boleh baca yer. hehehe

aku harap pengalaman tu tak kan berulang lagi lah kan.

untuk bulan disember ini, lazada sekali lagi buat jualan murah untuk barang-barang yang ada dalam lazada tu sempena tarikh keramat 12.12 . mungkin sebab hari tu ada " untung " jadi diorang cuba pula untuk bulan ni . hehehe

barang menarik yang di jual sempena Online Revolution Lazda ?

mesti korang dah survey sikit untuk promosi kali ni. aku pun adalah dua tiga barang nak beli. hehehe tapi tak taulah jadi beli ketidak. antara barang yang menarik perhatian aku adalah TV 32 inchi. sebenarnya nak guna untuk main game. lalala

kan aku pernah cerita yang aku beli PS4 dengan lazada sebelum ni. haa, nak main dekat tv sekarang ni macam biasalah kena buat jadual. masa orang tak tengok baru boleh main. hahaha

target aku bawah 7 ratus. aku dah jumpa dah. cuma aku nak tunggu masa online revolution nanti harga dia macam mana. kalau lagi murah, baru belilah aku beli .

itu jerlah rasanya. haha kalau beli banyak nanti habis duit blog aku bulan ni.
nak kena menyimpan juga kan. tak kan nak keluar-keluar jer .

Fakta dari 11.11 online revolution baru ni, antara barang yang paling banyak orang beli adalah Powerbank. sebab apa eh ? hahaha

korang rasa nak shopping apa agaknya nanti. sekarang dah 9 Disember 2017 , lagi 3 hari jer lagi. aku ada tips untuk korang yang nak shopping dengan lazada. korang buat macam ni tau, beberapa hari sebelum sales yang diorang buat, korang cuba survey dulu harga barang yang korang nak.

bila hari kejadian, korang tengok juga harga barang tu. ada perbezaan ke tidak. aku dah selalu cuba. tapi aku tak mau bagitau korang. nanti korang cakap aku tipu. hehehe korang buat eksperimen sendiri . tengoklah harga tu turun atau tidak . hehe

baiklah, korang komen dekat bawah tau, apa yang korang nak beli nanti dekat bawah yer. nanti aku cuba cari kalau ada kupon untuk lazada 12.12 Online revolution ni ya.

sekian bebelan aku hari ni. hehe

Previous Post Next Post