Pengalaman Barang Lazada Tak Sampai ke Rumah. Rupa-rupanyaa ada di ....

6 Disember 2017

Assalamualaikum , hari ni aku nak kongsikan pengalaman barang lazada tak sampai lepas beli dengan diorang... sebenarnya ni pertama kali benda ni berlaku.. hehe memang masa ni cuak habis lah. dah lah barang tu harga dia RM 1K Lebih dan guna duit mak aku. hahaha

mau kena ceramah nanti.
hehehe

Barang apa yang beli dengan Lazada Tak Sampai ke Rumah ?


kisahnya macam ni...

aku beli barang ni masa kempen 11.11 haritu.
barang yang tak sampai tu adalah Treadmill .
hehe

...mak aku yang suruh belikan,
dia nak execise katanya.

jadi aku pun tolonglah order dengan lazada,
memandangkan masa ni murah sikit dari harga biasa jadi aku pun beli lah kan.

Barang Lazada Tak Sampai

**gambar sumber google.


Tunggu punya tunggu,
diorang tak update tracking number pun.

aku sangka baik jer,
selalunya kala duration masa yang diberikan tu memang barang akan sampai.

jadi aku tunggu sampai tarikh akhir barang sampai.
tapi tak juga sampainya.

....aku terus komen dekat kedai yang aku beli dengan lazada tu.
aku minta tracking number.

nasib baik dia respond.
dia minta nak check aku punya order.

rupanya dia terlepas aku punya order.
waaaa..

patutlah barang tak sampai.
11.11 haritu kan ramai yang beli dengan lazada, jadi diorang terlepas pandang.

dan kemudian diorang kata diorang akan hantar balik barang tu.

keesokkan harinya , kedai tu telefon aku.
dia cakap habis stock dah.

di sebabkan lambat sangat , diorang offer treadmill yang pakej lain.
harga dia pun mahal sikit dari yang aku order tu.

aku pun setuju jerlah.
selang beberapa hari,

sampai lah treadmil aku tu. hehehe

kesimpulan yang korang boleh buat bila barang lazada tak sampai rumah adalah pertama korang komen terus dekat kedai yang korang beli tu.

... nak tahu macam mana ? korang klik dekat order korang tu, kemudian klik dekat link item tersebut.
dekat bahagian bawah tu, korang  komen lah minta tracking number.

kadang-kadang bukan masalah lazada pun, .... masalah kedai yang dalam tu. diorang yang tak up to date dengan system . kesian lazada kena maki. hahaha

lepas ni kalau jadi dekat korang. harapnya korang dah tahulah kan apa yang nak kena buat. hehe kalau korang ada pengalaman macam aku, jom kongsikan dekat bawah ni. mana tau ilmu korang berguna untuk yang lain kan.

sekian.

3 ulasan:

  1. tak pernah tak sampai setakat ni alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Ada sekali berlaku dengan kami di sini Lazada kembalikan duit ..ada masalah ..tapi beli di Go Shop terbaik punya hehehe

    BalasPadam
  3. owh macamtu..saya pun ada jugak order barang di Lazada, xdapat2..last2 mintak refund jea

    BalasPadam

Kataubaid© .