Aku Beli PS4 Murah Dengan LAZADA - Hari ni Order, Esok dah Sampai Rumah

6 Oktober 2017

Hai korang, aku nak cerita pasal baru ni aku beli PS4 weh dengan Lazada. hehe Harga murah yang aku dapat dari lazada dalam RM 1078. Murah gila berbanding dengan kedai-kedai lain yang jual di lazada. item ni aku beli dari kedai yang diuruskan oleh lazada. jadi memang untunglah barang pun cepat jer sampai. macam mana nak bagi barang cepat sampai ? haa. sat gi aku cerita dekat bawah.

Sebenarnya PS4 ni bukan untuk aku, tapi untuk adik aku sebab hari jadi dia tak lama lagi, jadi mak ayah aku belikan untuk dia sebab dia dok minta. hahaha jadi aku lah kena order dan tunggu order di rumah ini.

PS4 Murah Dengan LAZADA
PS4 Murah Dengan LAZADA

Aku Beli PS4 Dengan LAZADA - Hari ni Order, Esok dah Sampai Rumah


Masa aku survey dengan Lazada untuk harga PS4 yang paling murah. kebanyakkan harga yang aku dapat adalah atas dari RM 1300 . Cuma kedai lazada ni jer yang jual harga RM 1078, apa lagi, aku pun sapulah .hahaha

bukan senang nak dapat harga macam tu , jimat lah sikit 2 atau 3 ratus kan. lepas tu terus order ja. dan mula lah aktiviti menunggu ia turun dari langit. hahaha aku tau, PS4 ni pun dah agak lama keluar, disebabkan ada PS3 dekat rumah jadi kami pulun main ps3 bagi jemu lah . hehe tu pun tak habis lagi main.

Tunggu punya tunggu, selalunya bila kita beli barang dengan lazada, barang akan sampai lusa dari hari yang kita buat tempahan kecuali sabtu dan ahad lah kan. tapi untuk kali ni aku dapat layanan istimewa dari lazada. hari rabu aku order, hari khamis tengah hari dah dapat dah.

laju kan. korang nak tau aku guna saka apa ?

kah kah kah

aku mana guna saka lah, ini tips aku untuk korang yang nak barang lazada sampai awal, semasa korang nak buat pembayaran online tu kan. dia ada bagitau range tarikh barang akan sampai ke tempat korang. satu tarikh biasa, satu lagi tarikh cepat lagi dari biasa. haaa, korang pilih lah tarikh tu yang cepat sampai tu.

TAPI

korang kena bayar lah untuk proses cepat tu. hehehe macam aku beli ps4 ni, aku kena bayar extra RM9 untuk mempercepatkan proses penghantaran. kalau tak aku kena tunggu lagi lama lah. hehe itu jer tips yang aku buat. hahaha melayang duit macam tu jer. 

tapi memang puas hatilah bila barang yang kita nak tu sampai dengan cepat dan tak payah tunggu lama-lama

Dalam kotak PS4 tu ada apa jer ?

Dalam kotak PS4 yang aku dapat tu ada benda basic untuk menghidupkan ps tersebut.

1. Main tempat masuk CD tu * aku tak ingat nama dia. hahaha guna bahasa kampung jer lah.
2. HDMI wire
3. 1 controller
4. power source

aku beli PS4 Slim tau , bukan yang PRO

PS4 Murah Dengan LAZADA


itu jer yang dia bagi. kalau nak main dua orang kenalah beli lagi satu controller sendiri. kalau korang berminat untuk dapatkan PS4 ini dengan harga yang aku bagitau korang , boleh ke pautan yang aku kongsikan di bawah, tak yah kalut kalut cari kan.

Dapatkan di sini - PS4 Murah Dengan Lazada

Penutup

Aku tak cuba main lagi PS4 yang aku beli dengan harga murah di lazada ni sebabnya adalah kerana aku tak beli lagi FIFA 18 dan mana-mana game. hahaha mereput tungu masa nak beli CD, kalau tidak melangit jerlah tengok console tu jer. hahaha korang ada beli PS4 dengan harga murah ke ? kalau ada , korang beli dekat mana. jom kongsikan di ruang komen. 

1 ulasan:

Kataubaid© .