Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh Viral

24 Oktober 2017

Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh. Assalamualaikum korang, sejak dua tiga menjak ni kan cuaca tak menentu kan. kejap redup kejap panas. tapi kebanyakkannya panas lah kan. nasihat aku, banyakkan minum air dan juga elakkan keluar rumah pada waktu tengah hari tau.

aku bimbang korang sakit nanti.
kesian orang yang nak jaga korang tu nanti. hehehe

Musim panas ni, korang masak apa ? hehe masak mesti macam biasakan . walaupun panas terik, kita kena tetap masak. hehe kali ni aku nak kongsikan satu resepi goreng pisang yang pernah viral satu ketika dahulu

Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh Viral
Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh Viral 


gambar sumber : Facebook https://www.facebook.com/ThePisangCheeseSJ/

Ya, Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh Viral 


korang pernah cuba ke sebelum ni ? kalau belum , meh lah cuba mana tau menjadi ke apa kan. oh ya, sebelum ni aku pernah dah kongsikan mengenai cara buat pisang goreng cheese pelangi @ rainbow . korang dah baca ke belum. entri lama tu.

Cara buat Pisang Goreng.

Potong pisang yang sudah masak secara memanjang,
kemudian korang gaulkan tepung gandum, tepung beras, kunyit, air dan gram ini untuk tepung menggoreng.

dah siap dah,
masukkan pisang yang korang dah potong tu dalam bekas tepung tersebut.
gaulkan dia.

Panaskan minyak,
kemudian mula menggoreng.

sekarang ni konsep yang sama juga, korang hanya buat cheese leleh jer.

Macam mana nak buat Cheese Leleh ?

Mudah jer ,

korang hanya perlukan bahan-bahan seperti :

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis

cara-cara buat cheese leleh adalah pertama korang cairkan butter dalam periuk atau kuali.
Lepas dah cair, korang masukkan sudu pekat manis dan gaul kan dia sehingga sebati .

Kemudian masukkan pisang yang sudah di goreng kedalam periuk atau bekas tadi ya.

nak bagi cantik, korang beli cheese chedar atau orang cakap cheese keras tu. korang sagat dia bagi jadi kecik-kecik dan kemudian korang taburkan diatas toping yang kita buat tadi tu. haa selesai .

mudah jer kan. hahaha
selamat mencuba .

1 ulasan:

  1. lihat saja makanya sudah bikin leleh dimulut hehe

    BalasPadam

Kataubaid© .