RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW !


RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW I Sebelum ni pernah viral di media sosial mengenai pisang goreng cheese dan jga pisang goreng coklat. Mungkin resepi tu dah ketinggalan zaman . hahaha kali ini aku kongsikan resepi pisang goreng cheese rainbow pulak. meriah sikit banyak kaler tu . hehe

RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW !

Resepi ni aku copy paste dari  Blog Says.com .Sebabnya aku pun tak pernah try lagi, so aku update untuk mudah rujukan . hehe  kalau korang nak tengok video mengenai resepi ni untuk mudah faham korang boleh klik sini . Aku kongsikan sebab ia menarik .dah la kaler full haha korang dah pernah try ker ? jom try !

RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW :

Bahan-bahan:
- 1 sikat pisang
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras 
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam
- 1 telur
- 400ml air
- Minyak masak
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu pekat
- Keju parut (cheddar)
- Kelapa parut
- 6 jenis pewarna (merah jambu, jingga, kuning, hijau, biru, ungu)

Cara-cara: 
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, kunyit, garam dan air 
2. Gaul sehingga sebati
2. Pisang dipotong dua, tetapi jangan sehingga putus 
3. Celupkan pisang dalam adunan tepung 
4. Panaskan minyak dan goreng pisang 
5. Asingkan kelapa parut menjadi 6 bahagian 
6. Tambah satu pewarna untuk setiap bahagian kelapa
7. Dalam mangkuk lain, cairkan mentega dalam microwave
8. Campurkan dengan susu pekat
9. Salut pisang goreng dalam sos mentega-susu pekat
10. Tabur keju parut ke atas pisang 
11. Hias pisang dengan kelapa berwarna-warni!  

terimakasih says.com

Selamat mencuba ! boleh la try time cuti-cuti ni kan resepi pisang goreng cheese rainbow ni mudah jer nak buat .

sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)