Biodata Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah - Sultan Kedah

12 September 2017

Biodata Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Masih dalam suasana sedih dan pilu mendengar perkhabaran kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim semalam. Kita sedih kerana telah kehilangan seorang pemimpin hebat dan berkaliber. Di samping seorang pemimpin yang mempunyai karakter yang mesra dengan rakyat.

Sebab tu , aku rasa nak kongsikan dengan korang latar belakang almarhum untuk bacaan kita bersama .


Biodata Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah


Biodata Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah



  • Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah
  • Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, 
  • Sekolah Melayu Titi Gajah, 
  • Kolej Sultan Abdul Hamid, 
  • Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dari Wadham College, 
  • Oxford, United Kingdom.
  • Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.
  • Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.
  • Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.
  • Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.
  • Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).
  • Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).
  • Dikurniakan tiga orang puteri, 
  • Puteri Tunku Soraya, 
  • Datuk Seri Diraja Tunku Sarina 
  • (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun) dan 
  • Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
  • Hobi membaca buku dan bermain golf.
  • Baginda juga seorang sultan yang suka dan cintakan haiwan. dikatakan baginda ada zoo mini di Istana baginda.


Sungguh, kita baca hari ini mengenai Biodata Almarhum Sultan kedah bertujuan untuk mengingatkan kita tentang kebaikkan baginda dengan rakyat semasa hidup baginda. Kita sebagai rakyat berasa sedih dengan berita kemangkatan baginda. Semoga baginda di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan di syurga Allah.

Amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .