Resepi Mudah Nasi Lemak Ayam Goreng

Sejak dua tiga menjak ni kan ramai yang dok cari resepi untuk masak nasi lemak dengan ayam goreng. Mungkin sebab depa nak cuba buat sendiri kot kan. Nasi lemak memang dah jadi makanan utama untuk sarapan bagi rakyat malaysia. tak kira melayu cina atau india, semua akan makan nasi lemak sebagai sarapan pagi. Sebab dia mungkin sedap satu perkara dan dah menjadi kebiasaan dari kecil makan nasi lemak ketika waktu pagi.

Resepi Mudah Nasi Lemak Ayam Goreng
Resepi Mudah Nasi Lemak Ayam Goreng


Bagi yang nak masak sendiri untuk keluarga, korang boleh cuba Resepi Mudah Nasi Lemak Ayam Goreng ini tau. lepas dah cuba , nanti boleh share dengan kawan-kawan lain kan.

RESEPI MUDAH NASI LEMAK AYAM GORENG


Kita ikut step by step tau. korang baca elok-elok , takut nanti tersalah pulak nanti kan

Cara Masak Nasi Lemak.
**pakai rice cooker .

1. Basuh Beras dan Masukkan air macam biasa.
2. Masukkan Daun Pandan.
3. Masukkan satu cawan santan
4. Masukkan Halia yang di potong kecil * ikut kesesuaian bekas masak nasi.
5. Masukkan garam dan masak nasi pakai rice cooker biasa.

Untuk masak ayam goreng, korang boleh rujuk pautan ini - Cara Masak Ayam Goreng

Best jugakan sambil update entri ,sambil makan Nasi Lemak. hehe itulah yang aku tengah buat bila tulis entri ni. hahaha sambil menghayati sambil tulis. hehe Jom korang ! share entri Resepi Mudah Nasi Lemak Ayam Goreng . Semoga bermanfaat.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.