RASA GEGARAN GEMPA BUMI !



RASA GEGARAN GEMPA BUMI ! | Semalam di laporkan telah berlaku satu gempa bumi di Indonesia. Gegaran yang turut di rasai penduduk di negeri Pulau Pinang dan lembah klang. Ramai netizen mengatakan mereka terasa gegaran berlaku semalam .

Bagaimana rasa gempa bumi ?


Rasanya seperti gegaran yang kuat. Semalam aku sendiri alami rasa perasaan bila berlaku gegaran. Aku sedang main game dan tiba-tiba sliding door rumah aku bergoyang atau bergegar sendiri termasuk pintu rumah. aku ingat angin. tapi bila aku buka pintu tak ada rasa angin mahupun kesan angin yang kuat.

Lepas tu aku buka facebook dan ramai yang mengatakan yang semalam berlaku gempa bumi.

Hebatkan ciptaan Allah, gempa bumi yang kuat mampu menelan manusia . Semoga kita terpelihara dari azab dan siksanya .

Betul ka Semalam ada gempa bumi ?


Betul, korang boleh rujuk berita-berita utama. semalam berlaku gempa bumi di sumatra utara berskala 5.7 M

Pengalaman merasai gempa bumi kali ini betul-betul menaikkan bulu roma aku. sebabnya sebelum ini jarang lah nak rasa sebab rumah bawah kan. kali ini betul-betul terasa. Lepas aku tengok di luar rumah tak ada angin macam aku cerita di atas. aku mula syak. adakah ini perbuatan hantu. hahaha


kesitu pula fikir, sebabnya jarang alami gegaran kan. Semoga peringatan Allah melalui gegaran gempa bumi ini menimbulkan keinsafan dalam diri kita semua.  Korang yang baca entri ini rasa tak gegaran semalam ? ce komen sikit. Terima Kasih

1 comment:

  1. Semoga kita semua terpelihara dari bencana gempa bumi..amin..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.