PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PESAWAT AIR ASIA !

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PESAWAT AIR ASIA !  |  Baru-baru ini aku dan family aku sempat mengambil peluang untuk bercuti di Pulau Langkawi,Kedah . Percutian yang tidak di rancang jatuh betul-betul pada tarikh sambutan Awal muharram menjadikan cuti tersebut sedikit panjang berbanding sebelum ini . Kami memilih untuk menaiki Pesawat air asia sebagai pengangkutan kami dari Pulau Pinang ke Langkawi . Jom aku ceritakan pengalaman pertama menaiki pesawat air asia !


PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PESAWAT AIR ASIA !


Orang ramai cakap, flight air asia ini murah harganya berbanding dengan syarikat penerbangan lain . Dan aku sendiri tidak menafikan perkara tersebut . Seawal kita beli tiket air asia secara online , kami ada melakukan satu kesalahan iaitu tak add on untuk luggage . jadi di situ menjadi kesukaran apabila kami tak tahu flow syarikat air asia yang mana mereka tidak memberi anda untuk check in luggage melainkan anda membeli dan itu atas keputusan anda.

baca juga : Cara beli tiket Air Asia Secara Online !

kalau syarikat penerbangan lain, korang beli tiket dan automatik korang boleh check in luggage korang mengikut berat yang di benarkan .sebab itu tiket syarikat lain mahal.untuk air asia, korang kena beli lain dan ia tidak termasuk dalam tiket penerbangan korang. kalau korang bawa hand luggage je, maka korang untuk di situ. macam kami ni nak travel dengan family jadi beg pun agak berat dan perlu check in ke perut kapal terbang. Harga untuk check in luggage adalah RM 80 untuk 15 kilo .

Selepas bayar di kaunter untuk check in luggage, maka bermulalah perjalanan pengalaman pertama menaiki pesawat air asia . Kapal terbang nya cantik dan selesa . perjalanan dari pulau pinang ke langkawi pula hanya mengambil masa 35 minit sahaja, jadi tak boleh buat apa sangat di dalam flight hehe macam pengalaman aku naik Emirates airline sebelum ini . Didalam pesawat air asia di bekalkan makanan jika korang telah bayar ketika korang beli tiket online sebelum korang fly . kalau korang dah add on, baru dapat makanan. kalau tak add on, maka korang tak dapat makanan . dan ramai je yang tak add on makanan sebab kena bayar lagi kan .

baca juga : Pengalaman Naik Pesawat Emirates Airlines !

Selepas itu, tak ada apa sangat yang mampu aku buat dalam flight yang hanya 35 minit pernebangan ni . kalau Air Asia nak bagi tiket free pergi korea ke, boleh la aku cerita apa yang aku boleh buat dalam flight air asia kan. lama sikit perjalanannya. hehe Setakat ini, aku boleh katakan air asia memberi layanan baik dan sesuai untuk di jadikan pengangkutan untuk korang yang nak travel . Murah pun murah dan pastikan korang ikut peraturan yang telah di tetapkan oleh Air asia sebelum naik .

Semoga Entri Pengalaman Pertama menaiki pesawat air asia ini dapat membantu korang dalam memilih syarikat penerbangan yang sesuai untuk korang . Pastikan perjalanan anda selamat dan baik supaya anda tidak stress bila pergi bercuti.

Sekian.


Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)