TUAN GURU HARON DIN DALAM KENANGAN UMMAT ISLAM MALAYSIA !

TUAN GURU HARON DIN DALAM KENANGAN UMMAT ISLAM MALAYSIA ! | Hari ini merupakan hari Malaysia . Hari ini juga kita di kejutkan dengan pemergian seorang lagi Murabbi ummah iaitu Tuan Guru Haron Din . Beliau yang banyak menyampaikan risalah dakwah islam sejak dari zaman muda nya sehinggalah ke akhir hayatnya memberikan kita satu contoh teladan yang baik untuk diikuti .

Tuan Guru, akan aku sambung perjuanganmu untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai Islam . ini sahaja yang aku mampu lakukan setakat ini. aku tahu,aku tak sehebatmu dalam bidang agama. aku tidak hebat dalam belajar ilmu hukum hakam, aku tidak hebat berhujah dan menyampaikan sesuatu. tetapi aku inginkan masyarakat faham susah peritmu menyampaikan islam kepada mereka .


TUAN GURU HARON DIN


Aku harap,orang yang mencercamu akan berhenti dari mencercamu. Akan kami pertahankanmu walau apa yang berlaku. sudah pasti rakyat malaysia menanti kepulangan jenazah Tuan Guru Haron Din . Namun, pihak keluarga beliau telah membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah beliau di California ,AS  lokasi dimana beliau menghembuskan nafas terakhir .




Kami menghormati keputusan keluarga TG Haron Din . Kita doakan semoga urusan mereka di permudahkan di sana . Kita juga doakan Tuan Guru Haron Din tenang di alam sana. Sungguh, beliau pasti sedang berehat selepas urusan beliau di dunia selesai . Allah. moga kita juga mati dalam husnu khatimah .aamin

BIODATA TUAN GURU HARON DIN !



Walaupun TG Haron Din sudah tiada, semangatnya tetap mekar dalam jiwa anak muda islam.

Sekian.

Previous Post Next Post