CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !

CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN ! |  Sejak dua tiga menjak ini kalau korang perasan banyak betul perkara negatif berlegar di media sosial kita . Banyak benda fitnah dan mengumpat berlegar di wall kita menyebabkan kita rasa tempias aura negatif dari perkara tersebut. aku tak nak sebut perkara atau isu yang berlaku sebabnya aku tak minat nak ambil port . aku hanya doakan masalah mereka-mereka itu diselesaikan dengan cara baik .itu sahaja. pernah tak korang terfikir macam mana CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !


CARA BUANG PERKARA NEGATIF DALAM KEHIDUPAN !


Sudah pasti, lawan bagi negatif adalah positif. mahu atau tidak mahu, kita perlu hiasi hidup kita dengan perkara yang positid. antara perkara positif yang boleh di lakukan adalah dengan mencari kawan-kawan yang positif, dan amalkan perkara yang positif seperti senyum, buat baik dengan orang lain dan sentiasa fikir untuk buat baik .

Tadi, aku terbaca status facebook milik Dr Zaharuddin Abdul Rahman . Aku tertarik untuk kongsikan dengan korang memandangkan status tersebut berkaitan dengan tajuk entri aku. Status tersebut adalah seperti berikut :





Satu peringatan yang baik dari Dr Zaharuddin mengenai situasi atau perangai orang melayu di media sosial . Konsep share dulu baru semak memang tidak patut di amalkan oleh orang islam. kita kena semak dulu, takut kalau salah nanti jatuh fitnah . dan berdosa pulak kita nanti . Antara perkara negatif yang menyelubungi kita sekarang adalah fitnah dan mengumpat yang berleluasa .

Ada pulak di antara kita yang menganggap perkara tersebut sebagai perkara biasa . Allahurabbi , sedarlah wahai manusia, dosa menfitnah itu lebih besar dari membunuh ! . elakkanlah dari menfitnah dan mengumpat . hati-hati takut ia mengganggu amal ibadah kita.


baca juga : Jangan bagitahu impian korang, tunjukkan !

Antara cara lain untuk membuang perkara negatif di dalam hidup kita adalah dengan sentiasa beristighfar kepada Allah setiap masa. Sudah pasti kalimah istighfar itu sendiri membawa maksud pemohonan maaf kita kepada Allah. mana mungkin kita minta maaf sambil buat dosa . betul tak ? yang penting sekarang ini, kita kena sebarkan Aura Postif ya, bukan aura white. hhahaha

kalau nak aura positif meh tengok video >> Sudah tak jadi pemandu kereta lumba ? << ada team ni ,dia try nak uji sama ada susah tak lumba kereta ni , nampak tak dia ada aura positif yakni untuk mencuba, kalau dia tak cuba atau dia ada aura negatif mesti dia malas nak join, huhu

Aura positif memberi kelebihan dan menguatkan badan jasad dan rohani kita. Biarlah orang nak cakap kita berlakon baik atau kita riak atau pun kita tunjuk baik, asalkan kita tahu niat kita sebenarnya adalah untuk membuang perkara negatif dalam kehidupan kita dan menambah perkara positif yang baik kedalam hidup kita. biar manusia berkata-kata, sampai satu masa mereka pasti diam kelu seribu bahasa.

Sekian.



Previous Post Next Post