APA YANG ADA DI SEBALIK SEBUAH PENULISAN ?

APA YANG ADA DI SEBALIK SEBUAH PENULISAN ? |  Ramai yang tanya aku, sebab apa aku pilih medium blog sebagai tempat untuk aku meningkatkan keupayaan menulis berbanding medium-medium lain yang ada contoh facebook dan sebagainya .Aku pilih blog sebab ruangnya yang luas dan pelbagai perkara kita mampu tulis termasuk bab-bab tertentu yang tidak boleh di tulis di facebook tetapi kita boleh tulis di Blog. Ramai juga merungut mengenai masalah dalam penulisan. tak mampu keluarkan idea dalam menulis dan sebagainya . Bagi aku setiap masalah ada jalan penyelesaiannya .


baca juga : Bakat menulis itu satu anugerah .

Masalah dalam penulisan, kita kena belajar cara penulisan yang betul . Zaman Sekolah dulu pun kita dah belajar cara penulisan yang baik dan betul . jadi gunakan caara tersebut untuk membantu kita mencambahkan idea. bukan semua penulisan yang keluar dari seorang penulis bersifat  " air sungai " yang laju mengalir. Macam aku, aku lebih suka dan gemar untuk merangka penulisan aku bagi sesetengah penulisan. Kalau penulisan itu berat maka, aku suka buat kajian dahulu sebelum menulis berbanding dengan penulisan yang bersifat santai .


cara menulis dengan betul


baca juga : TIPS- Aku menulis bukan kerana Nama .

Apa yang ada di sebalik sebuah penulisan ?

Sebuah penulisan merupakan cermin bagi seorang penulis . Baik dan mudah dari segi pemahaman pembaca maka makin baiklah sesebuah penulisan. Sebab itu, penulisan yang baik selalu mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Penulisan juga memberi gambaran mengenai idea-idea yang ingin di sampaikan oleh penulis.sebab itu, aku lebih suka menulis berbanding bercakap . Aku tak pandai sangat nak bercakap dekat depan orang ramai, jadi aku guna medium penulisan untuk sampaikan pendapat aku .


Penulisan juga mempunyai nilai tersendiri. Penulisan umpama rekod atau diari kehidupan kepada seorang penulis mahupun masyarakat keseluruhannya . Kita belajar mengenai budaya masyarakat dahulu melalui penulisan-penulisan buku-buku lama . Tak mustahil satu masa akan datang , mereka yang mencari sejarah masyarakat kini juga akan mencari penulisan-penulisan yang masih utuh dan kukuh dari sudut buktinya. jadi nampak tak betapa pentingnya sebuah penulisan kepada kita .

baca juga : Aku suka menulis

Aku tak cakap mengenai penulisan blog ya. aku cakap mengenai penulisan secara umum. Penulisan Blog dia ada seni dia yang tersendiri yang lain dari lain dan hanya kalangan blogger sahaja yang memahami. Sebagai penutup, Andai kita memilih penulisan sebagai medium luah perasaan dan menyatakan perasaan. maka gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya dan jangan khianati sebuah penulisan yang baik .

Sekian .


Jom like Page admin untuk info menarik !

2 comments.. read them below or add one

Nory Zoulkefle Nory Zoulkefle August 25, 2016 at 12:21 PM
kita suka menulis kat blog guna bahasa sendiri, macam ala-ala bersembang gitu...tak formal sangat pon..hehehehe..taktaw lah orang suka baca ke tak..
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah August 25, 2016 at 1:44 PM
nice

dulu blog fae banyak cerita sampah. now fae lebih berhati2 bila mengarang entri.

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)