ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA !

ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA ! | Sebentar tadi , aku dapat berita mengenai pemergian seorang ulama yang hebat yang masih ada di dalam Malaysia. Perginya susuk tubuh kecil yang berani mengatakan hak itu hak, batil itu batil. Insan yang bernama Tuan Guru Salleh Musa , Mudir Pondok Rahmaniah ,Sik Kedah .Sebelum ini pada bulan ramadhan yang lalu, sudah mendapat perkhabaran mengenai Tuan guru yang sakit . Alhamdulillah selepas itu Tuan Guru di benarkan pulang ke rumah beliau .

Sebentar tadi, baru di maklumkan yang Tuan guru sudah tiada. Sebak di hati memikirkan yang diri ini masih belum sempat belajar dengan Tuan Guru Salleh Musa. Beliau yang di sik kedah terkenal dalam kalangan rakyat di utara tanah air. Pengalaman beliau belajar di tanah arab menjadi beliau antara ulama yang menjadi rujukan oleh penuntut ilmu dari seluruh dunia.

 ALMARHUM TUAN GURU SALLEH MUSA MENINGGAL DUNIA !

Antara pesanan Tuan Guru Salleh Musa adalah

Antara Pesan Almarhum Tuan Guru Salleh Musa yang masih terngiang-ngiang di telinga .
3 perkara penting yang manusia kena faham/tahu :
1. Kenal Allah2. Kenal yang mana mudarat dan yang mana manfaat (dalam melakukan sesuatu )3. Faham yang lepas mati, kita akan dibangun kembali .
Dipetik dari ceramah Almarhum Tuan Guru Salleh Musa,Masjid Sungai Ara, Pulau Pinang .



Sudah pasti wajah dan suara Tuan Guru Salleh Musa akan dirindui oleh anak muridnya. Saban hari mendengar kalam taujihat oleh beliau menjadikan diri ini bertambah kuat dalam mempraktikkan Islam. Semoga ilmu beliau menjadi panduan kepada pencinta-pencinta ilmu .

Insyaallah, Solat Jenazah akan di solatkan pada jam 10 pagi di Pondok Rahmaniah, Sik Kedah.

Al-fatihah buat Tuan Guru Salleh Musa .

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)