SUDAH SAMPAI MASA UNTUK BERHENTI JADI BLOGGER ?

MASA UNTUK BERHENTI JADI BLOGGER ? I Masa aku tulis entri ni, sebenarnya dah nak masuk jam 2.30 pagi dah . Dari tadi aku scroll facebook untuk mencari idea dalam menulis entri aku yang seterusnya, tapi aku tak jumpa idea untuk menulis apa hari ini. jadi aku rasa mungkin dah sampai masanya untuk aku undur diri dari jadi blogger. 

baca juga : bakat menulis itu anugerah .

SUDAH SAMPAI MASA UNTUK BERHENTI JADI BLOGGER ?

Sepanjang minggu ini pun, aku hanya tulis beberapa entri jer. berbanding minggu lepas. aku boleh menulis 3 entri untuk satu hari. Mungkin juga ini petanda untuk aku berhenti dari jadi blogger semakin kuat. Kekuatan seorang blogger adalah pada penulisannya. semakin banyak dan semakin bagus penulisannya, semakin hebatlah dia .

Sepanjang aku menulis blog ini, aku rasa tahun 2015/2016 merupakan tahun yang paling banyak aku menulis entri. Banyak berbanding tahun sebelum-sebelum ini . tetapi ia seperti berkurangan sejak dua atau 3 menjak ini. adakah aku sudah tidak mampu menulis seperti dahulu ? atau ia merupakan petanda untuk aku berehat sekejap atau berhenti dari jadi blogger .

baca juga : Banyaknya gambar Makanan .

Sememangnya, aku ada semangat untuk menulis di blog adalah kerana kawan-kawan blogger aku yang selalu memberi semangat dan dorongan. sebelum ini, tiada yang beri semangat dan panduan dalam penulisan blog sehinggalah aku berkawan dengan blogger-blogger lain .dari sini , bermulalah perjalanan aku dalam penulisan blog.

SUDAH SAMPAI MASA UNTUK BERHENTI JADI BLOGGER ?

Mungkin aku kena rehat kejap dan cari balik semangat yang hilang. Risau juga kalau berhenti lama-lama ni. takut dia akan berhenti terus. macam aku pernah buat dulu. cadang nak rehat kejap , last-last rehat 2 tahun .hahaha apa-apa pun pengalaman sebagai seorang blogger akan aku ingat sampai bila-bila. apabila aku jatuh merudum dalam dunia blog, aku ada kawan-kawan blogger yang beri semangat .

Aku harap ini bukan penamatnya. doakanlah aku dapat idea menulis kembali. dan di beri rezeki dalam penulisan blog. kadang-kadang rasa macam penat pula menunggu blog ini betul-betul berhasil. mungkin juga ini asbab dari perlakuan diri ini yang jarang bersyukur kepada Allah. Allahumaghfirli. Doakan aku baik-baik ya .

baca juga : Sejak aku berkawan dengan blogger .

jangan lupa blog kataubaid . :)

cukup dah rasanya untuk kali ini. selamat bersahur sahabat-sahabat .

sekian.

2.40 pagi .
Previous Post Next Post