SEJAK AKU BERKAWAN DENGAN BLOGGER !

BERKAWAN DENGAN BLOGGER I Sebelum aku rajin menulis blog macam sekarang ini , aku hanya berangan-angan nak menulis dengan banyaknya setiap hari . Itulah kisah ubai 2 tahun lepas. sebenarnya, aku sendiri malu dengan ubai yang dua tahun lepas, sebab dia tak pandai bab blog tapi dok buat-buat pandai. hahaha

BERKAWAN DENGAN BLOGGER !

Lepas tu, barulah aku berkawan dengan kawan-kawan blogger yang lain, apabila aku masuk kelab blogger ben ashaari . dari situ aku kenal ramai blogger yang lagi hebat dari aku. banyak ilmu yang depa curahkan dekat aku sehingga menjadikan aku seperti sekarang . aku tak akan lupa perkongsian mereka dengan ilmu mereka itu. yang penting depa tak kedekut ilmu .

Kemudian aku mula ada kawan-kawan blogger yang lain .seronok sebenarnya berkawan dengan blogger ni. kita yang asalnya tak tahu apa-apa pasal blog, boleh bertanya dan belajar dengan kawan-kawan blogger. andai aku masih macam ubai 2 tahun dahulu, pasti aku tak akan berada di  mana aku berada  sekarang ini .

Sejak aku berkawan dengan blogger , aku lebih mudah bila aku mencari maklumat di Google . hehehe bila nak baca blog untuk maklumat yang aku nak cari dulu, aku akan utamakan blogger yang aku kenal . kemudian baru blogger-blogger lain.

Kenal bukan bermakna kita rajin bersembang, rajin komen ke dan sebagainya tetapi ia cukup aku tahu siapa di sebalik pemilik blog tersebut. Aku pun tak ragu-ragu bila nak percaya entri yang ditulis dan maklumat yang di sampaikan.

itulah kelebihan blogger bila berkawan dengan blogger. Aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku walaupun kita tak pernah bersua dan bercakap secara realiti,tetapi korang memang terbaik melayan aku terutamanya di facebook ,twitter dan insta.hehehe

terima kasih semua.

sekian. 




Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Shiqeen Sattar Shiqeen Sattar April 19, 2016 at 10:10 PM
Tahniah! huhuhu mohon tunjuk ajar yer

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)