Kenapa Masjid Makin Kosong ? Di Mana Jemaah lain ?

Kenapa Makin Kosong Masjid ? | Alhamdulillah, sekarang ini kita sudah pun masuk ke dalam fasa ke dua ramadhan . Syukur kepada Allah sebab bagi kita peluang untuk hidup sampai ke hari ini . Aku nak kongsikan sikit apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini apabila kita sudah masuk ke fasa kedua ramadhan . Aku lihat masjid makin kosong apabila solat terawih berbanding pada awal-awal ramadhan tempoh hari .

Kemanakah mereka-mereka yang mengimarahkan masjid di awal ramadhan tempoh hari ? ke mana menghilangkan diri ? adakah kerana ramadhan makin habis, maka makin hilang semangat kah anda ? persoalan ini aku lontarkan untuk aku juga sebenarnya. kadang-kadang rasa malas untuk ke masjid sedangkan tidak penat pun untuk menunaikan solat terawih .

baca juga : Terawih , Rapatkan Saf !

Kenapa Masjid Makin Kosong ?

Adakah musim buat kuih raya, baju raya sudah bermula ? di mana kaum ibu sekarang ini ? cuba fikirkan tetamu kita juga masih berada didalam rumah, tetapi kita buat endah tidah endah sahaja. Tetamu kita sudahlah datang setahun sekali, di bawanya juga pelbagai rezeki yang banyak. tetapi sanggup kita abaikan dia ?

itulah perumpamaan kita dengan ramadhan. aku rasa mungkin ramai di antara kita buat solat terawih di rumah sahaja. tak mengapalah, asalkan buat. jangan tak buat .sebab rugi kalau tinggal . Kalau yang sudah pernah ponteng terawih, carilah waktu untuk buat solat terawih. ingat ia hanya setahun sekali, tahun depan belum tentu kita ketemu lagi dengan ramadhan .

Aku bimbang juga melihat situasi yang berlaku . Bukan tahun ini sahaja  jemaah berkurangan, tahun-tahun sebelum ini juga begitulah keadaan di masjid-masjid ketika masuk ke fasa ke dua ramadhan. Mungkin sudah ramai yang penat kerana balik kerja mungkin, tapi bukan korang balik awal ke ? hahaha itulah, aku cuba bersangka baik tetapi persoalan-persoalan itu timbul.

baca juga : Luasnya neraka !

Janganlah kita mensia-siakan ramadhan yang berbaki ini. ingat sau sahaja ia datang hanya sekali mungkin ini yang terakhir.

sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

AinAthirah Anuar AinAthirah Anuar June 16, 2016 at 11:14 AM
tepuk dada tnya iman sendiri. setakat ni surau dkt rumah tu alhamdulillh masih ramai. taktau la kot masuk fas 3 nnti mcm mna.

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)