LUASNYA NERAKA !

LUAS NERAKA I Hari ini , aku sempat dengar khutbah jumaat di Masjid Bayan Baru,Pulau Pinang . Ustaz Shafii Yusuf Ghanii merupakan khatib khutbah hari ini . Tajuk yang di bawa adalah Neraka . Pelbagai kisah neraka di ceritakan ketika khutbah pertama .
Luas Neraka

Apa yang terdapat dalam neraka ? Apakah hidangan makanan untuk ahli neraka juga di ceritakan dalam khutbah ini. Antaranya Buah Zaqum . Buah ini menjalar sehingga ke atas bagi memudahkan ahli neraka makan buah ini .

Di samping itu, ustaz shafii juga menceritkan mengenai keluasan Neraka . Di umpamakan seperti kita membaling batu ke dalam neraka .Batu tersebut mengambil masa 70 tahun untuk sampai ke dasar yakni lantai neraka . Allahu rabbi . Dalamnya Neraka .

Juga di ceritakan berdasarkan ayat al-quran . Ketika mana manusia berpusu-pusu masuk ke dalam neraka , lalu Allah bertanya kepada neraka " Adakah masih ada ruang di dalam kamu ? " jawab neraka " Siapa lagi yang mahu masuk ? " .

Jelas menggambarkan bertapa luasnya neraka untuk mengazab manusia . Tetapi di hujung khutbah ustaz juga menyebut mengenai Taubat. Walau pun dosa kita menggunung langit, tetapi jika kita kembali dan bertaubat kepada Allah ,pasti Allah mengampunkan kita.

Itulah antara ringkasan khutbah hari ini. betul-betul menusuk hati, moga kita terpelihara dari segala keburukkan dan siksa Neraka.

sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)