KEJOHANAN EURO 2016 FRANCE BERMULA !

KEJOHANAN EURO 2016 FRANCE BERMULA ! | Hari yang di nanti-nantikan oleh peminat bola sepak dunia akhirnya bertemua juga. Perlawanan kejohanan EURO 2016 Perancis akan bermula pada awal pagi ini . Sebagai Tuan Rumah, Perancis akan memulakan saingannya hari ini ( awal pagi sabtu waktu malaysia ) menentang Romania . Selalunya tuan rumah akan memulakan aksi perlawanan untuk kejohanan-kejohanan besar dunia .

baca juga : Jadual EURO 2016 ! Download cepat !

jadual euro

Sejarah perjalanan bola sepak dunia memberi satu keunikan dan daya tarikannya tersendiri bagi peminat bola sepak di luar sana . Dengan adanya kejohanan EURO ini, mampu mengubat kerinduan kepada aksi pemain-pemain bola sepak kegemaran mereka yang bersaing atas tiket negara kebangsaan masing-masing .

Kenapa Brazil Tidak masuk Euro 2016 ?

Ramai yang bertanya, kenapa dalam kejohanan Euro 2016 ini pasukan legend atau pasukan terkuat dunia iaitu Brazil tidak menyertai kejohanan ini. Sebenarnya, kejohanan ini merupakan kejohanan yang di lakukan atau di laksanankan untuk pasukan-pasukan kebangsaan di Eropah sahaja. Brazil tidak tersenarai dalam negara-negara eropah sebaliknya Brazil tersenarai di negara-negara America selatan . jadi oleh sebab itu brazil tiada dalam senarai pasukan yang bertanding dalam Euro 2016 .

Beberapa pasukan pilihan yang akan bertanding dalam kejohanan kali ini . Antaranya adalah Portugal, England, Perancis, Sepanyol, Turki dan beberapa lagi pasukan yang sama-sama hebat bagi merebut piala euro 2016 .

Selain Negara yang bertanding menjadi tumpuan dunia , medium Euro juga di gunakan oleh setiap pemain-pemain yang menyertainya sebagai persedian untuk menarik minat jurulatih-jurulatih kelab masing-masing . Sudah pasti nama-nama seperti Anthony Martial, Marcus Rashford , Payet dan ramai lagi pemain yang menyinar dalam pasukan kelab mereka akan menjadi tumpuan dalam aksi peringkat antarabangsa .

Maka bersiap sedialah dengan kehangatan euro 2016 ini . sudah pasti ia akan menjadi demam bola kepada peminat bola sepak dunia bermula pada hari ini . Ingat satu perkara, Euro jatuh pada bulan ramadhan. Ia juga berlangsung ketika awal pagi. maka ambillah peluang ini untuk bersahur dan juga menunaikan solat tahajjud sebagai bukti kita ini adalah hamba yang bersyukur. Jangan lepaskan peluang tersebut.

Sekian .

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)