KENAPA ORANG LAIN SUSAH NAK FAHAM KITA ?

KENAPA ORANG LAIN SUSAH NAK FAHAM KITA I Banyak persoalan yang berbunyi " kenapa orang lain susah nak faham kita kan ? " berlegar dalam fikiran kawan-kawan aku . Mungkin juga mereka rasa diri mereka kurang di fahami oleh orang lain atau juga orang lain tidak memberi ruang kepada mereka untuk menyatakan apa masalah mereka.

Aku simpulkan persoalan tersebut kepada beberapa perkara. Pertama, kenapa  orang lain susah nak faham kita ? adalah kerana kita tidak memberi tahu mereka mengenai masalah kita. Sebab manusia ini ada banyak jenis dan banyak ragam. adalah susah untuk kita meminta ruang dari mereka supaya di khususkan untuk kita. Sebaliknya kitalah kena bagi tahu mereka supaya apa yang kita alami tidak di tanggung seorang diri .

Kalau dah berkeluarga, rakan paling rapat sudah pasti suami atau isteri . maka berceritalah antara satu sama lain . agar kita saling memahami dan saling mempercayau antara satu sama lain.
KENAPA ORANG LAIN SUSAH NAK FAHAM KITA ?

Yang kedua , Kenapa Orang lain susah nak faham kita ? Kita susah untuk di fahami . Mungkin kita rasa kita cukup untuk di kenali dan di fahami. tetapi bagi kawan-kawan kita, kita mungkin hanya akan menyusahkan mereka, jika mereka terus belajar memahami diri kita. Mungkin juga mereka sudah cuba memahami kita tetapi akhirnya mereka sendiri buntu untuk memahami kita. maka apabila terjadinya macam itu, hilang lah mereka dari hidup kita atau kehadiran kita hanya sebagai pelakon tambahan dalam hidup mereka.

Dan yang terakhir, kenapa orang lain susah nak faham kita ? adalah di sebabkan kita sendiri . Kita yang terlalu sangka buruk dengan kawan-kawan sedangkan mereka juga manusia, mereka juga berkeluarga, mereka juga bermasyarakat. jadi mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri.Mungkin ketika kita meminta perhatian, mereka juga ada masalah yang perlu di selesaikan , jadi kita di abaikan seketika.

tetapi kita pulak yang terasa entah ke mana. aku akui, susah nak bagi orang faham kita jika kita sendiri tak fahamkan diri kita mengenai kawan-kawan kita. Orang selalu cakap, kalau kita hargai orang, orang akan hargai kita. Itulah dunia. what you give, you get back. Jadi, tak perlu lah sedih bila seorang tak faham kita, sedangkan lagi beribu orang memahami kita. chillax dan move on . senyum selalu.

KENAPA ORANG LAIN SUSAH NAK FAHAM KITA ?

sekian.

Previous Post Next Post