PENJENAMAAN SEMULA RESTORAN LINE CLEAR !

LINE CLEAR TUKAR NAMA I Restoran Nasi Kandar Line Clear adalah restoran yang terkenal di  Negeri Pulau Mutiara iai tu Pulau Pinang. Di sebabkan terlalu terkenal, maka ada juga pihak-pihak yang menggunakan nama restoran ini sebagai nama restoran mereka. Sama ada sengaja atau tidak sengaja .
line clear tukar nama
gambar dari mahamahu.com
Jadi , bagi menjaga nama baik Restoran Line Clear tersebut . Pihak restoran telah melakukan penjenamaan semula nama restoran dari Line Clear kepada LC Restoran . Mereka juga turut memaklumkan bahawa hanya restoran di Kampung Baru dan Jalan Penang ( Penang Road ) Pulau pinang sahaja merupakan milik mereka.

BERITA SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dulu-line-clear-kampung-baru-kini-lc-restaurant-1.514100

Sebaliknya , kedai-kedai lain yang menggunakan nama Line Celar selain dari dua tempat tersebut adalah BUKAN milik LC Restoran. Jadi, lepas ni, kalau nak makan kena tengok dulu. nama restoran apa. sebab banyak juga yang gunakan nama line clear ni, mungkin sebab terkenal.

Bila orang singgah mai penang, mesti cari restoran line clear . Lepas ni, kita dah tau, maka lebih berhati-hati dalam membelanjakan duit kita di kedai yang betul dan rasa makanan pun turun temurun. tak la rugi duit kan bila makan makanan dari kedai yang betul. tidak hanya nama kedai sahaja sama, tetapi rasa dia lain. kita makan, kita puas hati .

sekian.

P/S : kalau ingat lin clear mesti ingat nak travel atau nak bercuti kan. hehe selalunya kawan-kawan aku akan cakap , kalau depa mai penang " tolong bawak p restoran line clear naa " . hehe lumrah dah orang penang tolong bawak member pi makan. hehe tapi korang tahu tak ada 9 jenis member yang korang tak mau travel sama-sama . Korang baca dekat sini .


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)