Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 1 - 28 Dah Dikemaskini.

Drama terbaru TV3 bertajuk Bayangan Lelaki Sempurna bakal menjadi perhatian penonton apabila menghiasi Slot Akasia bermula April 2026. Drama ini dijangka menggantikan Khianat Yang Terpilih yang sebelum ini mendapat sambutan hangat.

Menampilkan gandingan popular Adam Lee dan Sweet Qismina, drama ini dijangka membawa kisah penuh emosi, konflik keluarga dan percintaan yang menyentuh hati.

Berikut adalah info lengkap drama Bayangan Lelaki Sempurna.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Info Drama Bayangan Lelaki Sempurna

Judul: Bayangan Lelaki Sempurna
Genre: Drama, Keluarga
Pengarah: Ejump Mohd
Penulis Skrip: Rozie Rashid
Terbitan: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Nur Syafiqa Wan Zamri

Penerbit:

  • Wan Zamri Wan Abdul Kadir
  • Fouziah Abdul Rahman
  • Juliana Mazlan

Jumlah Episod: 28 Episod
Durasi: 42 Minit
Bahasa: Bahasa Melayu
Negara: Malaysia


Tarikh Tayangan Bayangan Lelaki Sempurna

Drama Bayangan Lelaki Sempurna akan mula bersiaran pada:

📅 Tarikh: 9 April 2026
📺 Saluran: TV3
🕖 Slot: Slot Akasia
📆 Hari: Isnin – Jumaat
Masa: 7:00 malam

Drama ini menggantikan Khianat Yang Terpilih yang sebelum ini menghiasi slot tersebut.


Senarai Pelakon Bayangan Lelaki Sempurna

Drama ini menampilkan barisan pelakon popular dan berbakat seperti:

  • Adam Lee sebagai Ammar / Luth Zafran
  • Sweet Qismina sebagai Zara
  • Nadia Brian sebagai Sabiran
  • Syazuwan Hassan sebagai Iqbal
  • Wanns Ahmad sebagai Fendi
  • Riena Diana sebagai Dahlia
  • Zazzleen Zulkafli sebagai Zulin
  • Maya Fathia sebagai Aqish
  • Apich Lo sebagai Kael
  • Lolly Sam's sebagai Qistina Maisara
  • Josiah Hogan sebagai Mukhlis
  • Aleza Shadan sebagai Puan Karina
  • Iman Zulkarnaian sebagai Rafiq
  • Firdaus Ghufran

Sinopsis Bayangan Lelaki Sempurna

Sinopsis drama Bayangan Lelaki Sempurna akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas episod pertama ditayangkan.

Drama ini dijangka mengangkat kisah konflik kehidupan, percintaan dan pengorbanan yang menyentuh emosi penonton Slot Akasia.

Dengan gandingan pelakon popular serta jalan cerita yang dijangka penuh dramatik, drama ini berpotensi menjadi antara drama trending TV3 tahun 2026.


Episod 1 Bayangan Lelaki Sempurna.


Episod pertama Bayangan Lelaki Sempurna membuka jalan cerita dengan konflik keluarga dan emosi yang menyentuh hati penonton. Aku dah tengok dah sendiri dan memang sedih tetapi masih terlalu awal untuk bermain dengan emosi kita sebab ada beberapa perkara yang belum muncul dari episod pertama ni. 


Lia berdepan dilema apabila bapanya mahu dia bekerja di syarikat keluarga kerana Lia merupakan satu-satunya pewaris. Namun, Lia kini sedang membantu menguruskan kedai milik ibunya dan meminta masa untuk membuat keputusan. Bapanya pula memberi tekanan supaya Lia tidak mengambil masa terlalu lama, sekali gus menimbulkan konflik antara tanggungjawab keluarga dan impian sendiri.


Dalam masa sama, penonton diperkenalkan dengan Ammar, seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya, Aqish, dengan penuh kasih sayang. Walaupun hidup sederhana, Ammar berusaha memastikan Aqish mendapat kehidupan yang baik.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Namun, situasi menjadi lebih menyentuh hati apabila Aqish meluahkan keinginannya untuk mempunyai seorang ibu seperti rakan-rakannya. Ammar cuba menenangkan anaknya dengan mengatakan ibu Aqish sibuk dan mereka akan bertemu suatu hari nanti, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton.


Episod pertama turut menampilkan babak misteri apabila Zara cuba melihat seseorang yang mencurigakan. Kemunculan lelaki misteri itu menambahkan lagi persoalan dan membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah individu tersebut dan apakah kaitannya dengan watak utama.


Secara keseluruhannya, episod pertama drama ini berjaya menarik perhatian dengan gabungan konflik keluarga, kisah menyentuh hati dan elemen misteri yang membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.


Bayangan Lelaki Sempurna Episod 2


Episod 2 drama Bayangan Lelaki Sempurna semakin menarik apabila beberapa konflik mula berkembang dalam kehidupan watak utama. Serius weh, aku tengok malam tadi memang menyirap dengan si Iqbal tu.. macam ada something jerr dia.. Si Zara tu tak yah cakap lah berangan tengok crush dari tangga rumah flat diorang tu.. hahaha sekali kantoi pula dengan mak dia.. haha

Iqbal datang menemui Lia untuk mengajaknya keluar makan, namun Lia menolak kerana sudah mempunyai janji bersama ibunya, Puan Karina. Walaupun Lia memberi peluang kepada Iqbal untuk menyertai mereka, Iqbal memilih untuk tidak mengikut dan menganggap tiada rezeki untuk mereka meluangkan masa bersama.

Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Dalam masa yang sama, Aqish berasa sedih apabila melihat ayahnya bekerja siang dan malam demi mencari rezeki. Zara cuba menenangkan Aqish dengan menjelaskan bahawa pengorbanan tersebut adalah tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Sementara itu, konflik rumah tangga antara Sabiran dan Mukhlis semakin tegang apabila Mukhlis menghalang Sabiran keluar rumah. Mukhlis mula menuduh Sabiran ingin melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya walaupun dia sudah menyediakan kehidupan yang selesa untuk isterinya.

Pertelingkahan mereka semakin serius dan membuka lebih banyak persoalan mengenai hubungan sebenar mereka.

Episod seterusnya dijangka lebih dramatik apabila konflik antara watak-watak ini semakin memuncak.

Ringkasan Episod 3

Episod 3 Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik emosi semakin memuncak apabila Sabira berdepan dengan sikap biadap anak-anak tirinya.

Sabira terkejut apabila dua anak tirinya tiba-tiba datang ke rumah tanpa sebarang pemberitahuan. Kehadiran mereka yang tidak dijangka itu pada awalnya memberi harapan bahawa hubungan mereka mungkin semakin baik. Namun keadaan bertukar tegang apabila kedua-dua anak tiri tersebut dengan berani menyatakan bahawa mereka tidak pernah menganggap Sabira sebagai ibu tiri mereka.

Kata-kata tersebut jelas menyakitkan hati Sabira yang selama ini cuba menerima mereka dengan baik walaupun berdepan pelbagai cabaran.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini


Sementara itu, perkembangan lain menunjukkan hubungan antara Amar dan anaknya Aqish semakin rapat dengan Zara dan Mak Lin.

Aqish dilihat semakin selesa berada di rumah Zara dan memuji masakan yang disediakan. Malah, Aqish secara berseloroh menyatakan bapanya sering memasak telur goreng sahaja di rumah mereka.

Amar juga mengucapkan terima kasih kepada Zara kerana membantu menjaga Aqish ketika dia bekerja. Zara pula menyatakan bahawa dia sudah menganggap Aqish seperti adiknya sendiri, sekali gus menunjukkan hubungan mereka semakin rapat.

Ringkasan Episod 4


Episod 4 menyaksikan Amar semakin terkenal selepas content yang dihasilkannya tular di media sosial. Dia mula membuat review makanan dan jumlah pengikutnya meningkat dengan pantas. Namun populariti tersebut menyebabkan Zara mula berasa cemburu apabila ramai gadis mula meminati Amar.

Dalam masa sama, Amar mula mengabaikan kerja hakikinya sebagai penjual ikan apabila dia masuk lambat kerana terlalu fokus kepada dunia content creator. Episod ini berakhir dengan persoalan sama ada Amar mampu mengimbangi populariti dan tanggungjawabnya.


Ringkasan Episod 5 — Bayangan Lelaki Sempurna

Episod 5 drama Bayangan Lelaki Sempurna semakin menarik apabila konflik emosi dan misteri mula berkembang dalam kalangan watak utama. tapi aku tak suka sebab jalan cerita ni slow sangat tau.. asyik ada scene buat live jer.. haha aku pun tak tahu, harap lepas ni ada yang menarik lah kan..

Episod dimulakan dengan Sabira yang menonton video Amar di TikTok sebelum situasi menjadi tegang apabila suaminya merampas telefon selepas Sabira memuji Amar sebagai lelaki hensem. Sabira cuba menenangkan keadaan dengan menjelaskan bahawa dia pernah memuji suaminya seperti itu dahulu, namun jawapan suaminya yang mengatakan Sabira hanya memuji kerana wang benar-benar memberi kesan emosi kepada penonton.

Sementara itu, Amar semakin mendapat perhatian apabila membuat siaran langsung menjual produk dan menerima sokongan ramai penonton. Populariti Amar turut menjadi bahan perbualan Zara dan rakannya. Zara hampir terlepas cakap apabila mengatakan dia boleh mendapatkan barang daripada Amar secara percuma kerana rapat dengannya, namun berjaya mengubah cerita pada saat akhir.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini



Dalam masa sama, Lia pula berkunjung ke pejabat bapanya. Bapanya masih berharap Lia menyertai syarikat keluarga, namun Lia masih memerlukan masa untuk membuat keputusan penting tentang masa depannya.

Kemuncak episod berlaku apabila Amar membuat live di kedai burger rakannya. Seorang penonton meninggalkan komen mengatakan wajah Amar sangat mirip seseorang bernama Luth Zafran, sekali gus menimbulkan misteri baharu dalam drama ini.

Apa pula yang akan terjadi nanti? jangan lupa saksikan episod 6 bayangan lelaki sempurna tau. 

Bayangan Lelaki Sempurna Episod 6.

Episod 6 Bayangan Lelaki Sempurna semakin menarik apabila kehidupan Amar mula berubah sedikit demi sedikit. Bermula dengan kedatangan Ijat ke kedai ikan Amar di pasar, berita baik mula muncul apabila sebuah kedai nasi lemak mahu Amar membuat review.

Peluang ini jelas membuka ruang baharu buat Amar yang kini mula dikenali ramai. Lebih menarik, Amar turut bertemu Aleya buat pertama kali di salon milik ibu Aleya. Namun Amar menggunakan identiti Luth Zafran kerana tidak mahu dikenali.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini


Aleya yang mengetahui Luth merupakan TikToker terkenal tidak melepaskan peluang apabila terus mengambil nombor telefon Amar untuk kerjasama promosi. Pertemuan pertama ini jelas menjadi permulaan hubungan profesional antara mereka.

Dalam masa sama, konflik keluarga Zara semakin memuncak apabila ibunya mendapat tahu Sabira kembali mencari Aqish. Perkara itu membuatkan mereka risau kemungkinan Aqish akan diambil kembali.

Sementara itu, Sabira pula semakin berang dengan sikap anak tirinya yang dianggap tidak menghormatinya, sekali gus menambah lagi konflik dalam episod ini.

Episod 6 diakhiri dengan Amar dan Aleya akhirnya bekerjasama mempromosikan produk kecantikan. Nampaknya kehidupan Amar semakin berubah.

Apa pula yang bakal berlaku seterusnya? Jangan lupa saksikan episod 7 Bayangan Lelaki Sempurna malam ini!

Bayagan lelaki sempurna episod 7.

Jujur aku cakap, episod kali ni aku nampak perubahan ketara untuk amar. Dia ni makin teruk sejak ada banyak job kan.. aku meluat betul tengok scene dia jerkah si aqish tu... geram gila tau. korang yang belum tengoklagi tu, boleh baca ringkasan ni ya. 

Episod 7 Bayangan Lelaki Sempurna memaparkan konflik emosi antara Amar dan Aqish apabila Amar tanpa sengaja meninggikan suara akibat keletihan. Aqish yang terkejut menangis sebelum Amar segera memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan tersebut.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Pelakon, Tarikh Tayangan, Slot Akasia TV3 & Info Drama Terkini


Sementara itu, Fendi bertemu Zara ketika menghantar makanan dan berkongsi tentang kerinduannya terhadap anaknya. Dalam perkembangan lain, Aleya menerima rezeki besar apabila jualan produknya meningkat mendadak selepas dipromosikan oleh Luth Zafran dalam siaran langsung.

Fendi kemudian datang memujuk Aqish dan berjaya menceriakan kembali suasana. Episod ini memperlihatkan perkembangan emosi watak serta konflik yang semakin menarik menjelang episod seterusnya.


Episod 8 Bayangan Lelaki Sempurna.


Episod 8 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik semakin memuncak apabila Iqbal mula cemburu melihat hubungan rapat Aleya dengan Luth Zafran. Aleya bagaimanapun menegaskan bahawa Iqbal tidak berhak mencampuri urusannya, sekali gus mencetuskan ketegangan antara mereka.

Episod kali ni kurang menarik kan.. entahlah, nampak slow sangat.. mungkin watak amar tu kot dia cakap slow-slow jadi kita pun rasa macam jalan cerita ni meleret tapi best. 

Dalam masa sama, Amar dan Zara pula terpalit dengan tuduhan bersekedudukan selepas penduduk flat membuat laporan kepada Tok Imam. Namun situasi sebenar hanyalah salah faham kerana Zara hanya datang menghantar barang untuk anak Amar.

Episod ini memperlihatkan hubungan antara watak utama semakin rumit dan membuka ruang kepada konflik lebih besar dalam episod akan datang.

Drama Bayangan Lelaki Sempurna Episod 9

Episod 9 Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik emosi Ammar semakin berat apabila dia dimarahi Abang Aziz kerana datang lewat sejak menjadi influencer. Teguran di hadapan orang ramai membuatkan Ammar terasa tidak dihargai walaupun sudah lama bekerja bersama Abang Aziz.

Ammar kemudian meluahkan perasaan kepada Fendi, namun rakannya itu berpendapat Ammar perlu menerima teguran kerana Abang Aziz adalah bos. Dalam masa yang sama, Sabira muncul semula dan cuba bertemu Ammar, tetapi Fendi menghalangnya bagi mengelakkan Ammar semakin tertekan.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 10 Dah Dikemaskini.



Sabira bagaimanapun tetap berkeras dan memberi bayangan bahawa dia mengetahui identiti sebenar Luth Zafran. Sementara itu, Ammar yang menggunakan identiti Luth Zafran dilihat makan tengah hari bersama Aleya dan ibunya, sekali gus membuka peluang hubungan mereka menjadi lebih rapat.

Episod ini menimbulkan persoalan besar sama ada rahsia Ammar akan terbongkar dan apakah sebenarnya tujuan Sabira kembali dalam hidupnya. 


Drama Bayangan Lelaki Sempurna Episod 10

Episod 10 Bayangan Lelaki Sempurna menyajikan konflik yang semakin memuncak antara Amar dan Sabira. Kehadiran Sabira ke flat Amar mencetuskan pertelingkahan apabila dia menuntut hak penjagaan anak mereka, Aqish.

Amar yang masih terluka dengan keputusan Sabira meninggalkan anak mereka sebelum ini, cuba mempertahankan haknya sebagai penjaga. Namun keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabira mendedahkan bahawa dia mengetahui rahsia besar Amar yang menyamar sebagai Luth Zafran.

Ugutan Sabira untuk membongkar identiti tersebut meletakkan Amar dalam dilema — antara melindungi rahsia atau mempertahankan anaknya. Dalam masa sama, Amar cuba mengelakkan konflik daripada memberi kesan kepada Aqish dengan mendapatkan bantuan rakan-rakannya.

Walaupun berat hati, Amar akhirnya membenarkan Aqish bertemu ibunya. Namun tekanan terus berlanjutan apabila Sabira tidak berhenti mendesak untuk bertemu lagi.

Episod ini sarat dengan emosi, konflik keluarga dan rahsia yang bakal mengubah segalanya, menjadikan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.

Drama Bayangn Lelaki Sempurna EP 11.

Episod 11 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan perkembangan penting dalam hubungan Aleya dan Luth apabila perasaan sebenar akhirnya terbongkar. Bapa Aleya mula mengesyaki sesuatu apabila anaknya sering menyebut nama Luth, sebelum Aleya mengakui bahawa dia sememangnya menyukai lelaki tersebut.

Menariknya, reaksi bapanya bukanlah seperti yang dijangka apabila dia tidak menghalang, malah menyokong dan ingin mengenali Luth dengan lebih dekat. Pertemuan mereka berjalan lancar dan Luth menerima pujian sebagai seorang yang baik serta jujur.

Dalam masa sama, konflik rumah tangga Sabira semakin memuncak apabila suaminya mula cemburu dengan perubahan sikapnya sejak kehadiran Aqish. Ketegangan antara mereka memberi bayangan hubungan itu semakin goyah.

Sementara itu, Zara mendapat petunjuk bahawa Amar kini sudah berubah dan semakin menjauh, menimbulkan persoalan besar tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Episod ini penuh emosi dan tanda tanya, menjadikan penonton tidak sabar untuk mengetahui sambungan kisah dalam episod seterusnya.

Episod 13 Drama Bayangan Lelaki Sempurna.

Episod 12 drama Bayangan Lelaki Sempurna membawa penonton menyelami konflik emosi yang semakin rumit antara Amar, Zara, Aleya dan Sabira. Setiap watak mula menunjukkan perasaan sebenar masing-masing, menjadikan jalan cerita semakin menarik untuk diikuti.

Amar memaklumkan bahawa dia tidak dapat mengambil Aqish kerana terlalu sibuk bekerja. Namun Zara dan Kak Lin tidak berkecil hati kerana mereka memahami Amar sedang berusaha mencari rezeki demi anaknya. Malah, mereka gembira kerana Aqish dapat tinggal lebih lama bersama mereka kerana kehadiran budak itu membawa keceriaan dalam rumah.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 13 Dah Dikemaskini.


Dalam masa yang sama, Aleya mengambil peluang makan tengah hari bersama Amar untuk mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Aleya secara terbuka mengakui dia menyukai lelaki yang mempunyai matlamat hidup, yakin dengan hala tuju sendiri dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Kata-kata itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Aleya mula menyimpan perasaan terhadap Amar.

Sementara itu, Sabira pula berdepan tekanan rumah tangga apabila suaminya marah kerana dia sedang menelefon Amar untuk bertanyakan tentang Aqish. Suaminya merasakan Sabira terlalu kerap menghubungi Amar dan meminta isterinya menjaga nama baiknya sebagai seorang suami.

Episod ini memperlihatkan hubungan yang semakin rumit, rasa cemburu yang mula timbul dan persoalan tentang hati yang masih belum pasti.


Episod 13 Bayangan lelaki sempurna.

Episod 13 drama Bayangan Lelaki Sempurna benar-benar menyentuh emosi penonton apabila Aqish mula meluahkan keinginan yang sukar untuk dijawab oleh orang dewasa di sekelilingnya. Selepas jatuh sakit, Amar bertindak pantas menghantar Aqish ke klinik, membuatkan Kak Lin dan Zara lega kerana keadaan budak itu tidak menjadi lebih serius.

Dalam masa yang sama, bapa Aleya sedang mencari individu yang sesuai untuk menguruskan imej syarikatnya dan berurusan dengan klien penting. Aleya tanpa ragu-ragu mencadangkan Luth Zafran kerana yakin Luth mempunyai keyakinan, penampilan dan karisma yang sesuai untuk membawa imej moden syarikat mereka. Cadangan itu dipersetujui dan Aleya diberi tanggungjawab untuk memujuk Luth menerima tawaran tersebut.

Namun, babak paling menyentuh hati berlaku apabila Aqish dihantar ke rumah Kak Lin oleh Amar. Ketika itu, Aqish tiba-tiba meminta untuk berjumpa dengan mamanya. Permintaan itu membuatkan Zara dan Kak Lin terdiam kerana mereka sendiri sukar untuk menjelaskan perkara sebenar.

Luth pula menghargai tawaran yang diberikan tetapi meminta sedikit masa untuk berfikir. Kini penonton tertanya-tanya, adakah Luth akan menerima tawaran itu dan bagaimana Zara akan berdepan permintaan Aqish?


Bayangan Lelaki Sempurna Episod 14.


Dalam episod 14 Bayangan Lelaki Sempurna, Zara berdepan tekanan apabila difitnah oleh makcik-makcik di pasar sehingga dia terpaksa mempertahankan diri secara terbuka. Keadaan menjadi lebih sukar apabila pelanggan membatalkan tempahan kuihnya kerana percaya kepada gosip tersebut.

Sementara itu, ayah Aleya mula bertanya tentang keputusan Luth mengenai jawatan yang ditawarkan, namun Aleya mengatakan Luth masih memerlukan masa untuk berfikir.

Konflik semakin panas apabila Sabira disyaki sedang mengandung. Dua anak tirinya tidak dapat menerima berita itu dan berazam untuk memastikan Sabira tidak sempat melahirkan anak tersebut. Episod ini penuh dengan emosi, konflik keluarga dan rahsia yang semakin terbongkar.

Drama bayangan lelaki sempurna episod 15.

Episod 15 drama Bayangan Lelaki Sempurna (2026) menyaksikan perkembangan penting dalam kehidupan Luth apabila dia memulakan hari pertama bekerja di pejabat milik bapa Aleya. Kehadirannya bersama Aleya menimbulkan gosip dalam kalangan pekerja yang mula mempersoalkan kedudukan dan kelayakannya.

Iqbal yang menyedari situasi tersebut tampil menegur sikap rakan sekerja yang gemar bergosip, walaupun dalam diam dia turut menyimpan perasaan cemburu. Dalam masa yang sama, perubahan sikap Zara yang tidak lagi garang seperti kebiasaan turut menjadi tanda tanya, apabila dia mengakui sedang berada dalam fasa bahagia.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 16 Dah Dikemaskini.


Luth kemudiannya dipanggil bertemu bapa Aleya, yang menjelaskan bahawa pemilihannya bukan disebabkan hubungan peribadi, tetapi kerana keberanian Luth untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

Namun, konflik memuncak apabila Sabira bertindak menyerang Zara di rumah dan menuduhnya sebagai punca segala masalah terbongkar kepada Amar. Insiden tersebut menambahkan lagi ketegangan dalam jalan cerita.

Secara keseluruhan, episod ini sarat dengan emosi, konflik dan perkembangan karakter yang semakin menarik, sekaligus membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.

Drama Bayangan Lelaki Sempurna Episod 16.

Episod 16 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyajikan konflik yang semakin tegang antara Iqbal dan Luth. Rasa cemburu Iqbal terhadap Luth yang didakwa mendapat kerja melalui “kabel” membuatkan dia bertindak di luar batas dengan memberikan tugasan yang berlebihan.

Situasi menjadi lebih panas apabila Iqbal memarahi Luth atas hasil kerja yang kononnya tidak lengkap, walaupun arahan asal datang daripada dirinya sendiri. Tindakan ini jelas menunjukkan permainan psikologi yang cuba menekan Luth di tempat kerja.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 16 Dah Dikemaskini.



Dalam masa sama, kisah sampingan Aqish turut menyentuh emosi apabila dia terpaksa berdepan kemungkinan berpindah taska. Namun, perbincangan antara Kak Lin dan Amar membawa kepada keputusan yang lebih baik demi kestabilan emosi Aqish.

Secara keseluruhan, episod ini sarat dengan emosi marah, simpati dan geram, sekaligus membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya bagi melihat nasib Luth serta perancangan sebenar Iqbal.

Episod 17

Episod 17 Bayangan Lelaki Sempurna memaparkan konflik emosi yang semakin berat antara watak-watak utama. Zara semakin tertekan apabila dia sering dipersalahkan oleh jiran-jiran sebagai punca anak mereka tidak berjodoh dengan Am. Walaupun dihimpit tekanan, dia tetap cuba bertahan dengan sokongan ibunya yang menasihatinya agar bersabar.

Dalam masa yang sama, Aleya semakin rapat dengan Luth dan mengajaknya keluar makan bersama. Namun, Luth berada dalam dilema kerana dia perlu segera pulang untuk mengambil Aqish, sedangkan Aleya tidak mengetahui bahawa Luth sebenarnya mempunyai seorang anak. Situasi ini menimbulkan konflik dalaman dalam diri Luth.

Di rumah pula, Aqish ditinggalkan terlalu lama tanpa perhatian. Dia akhirnya menghubungi Zara dalam keadaan lapar dan sedih kerana bapanya, Am, tidak pulang sejak pagi. Zara yang terkejut dengan keadaan itu segera berjanji untuk datang mengambil Aqish.

Tidak berdiam diri, Zara meminta bantuan Fendi untuk menghantarnya mengambil Aqish dan membawa kanak-kanak itu keluar makan. Tindakan ini semakin membuka mata Fendi terhadap perubahan sikap Am yang kini dilihat mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya sejak bekerja di pejabat bapa Aleya.

Episod ini menonjolkan isu pengabaian tanggungjawab, tekanan emosi, dan rahsia yang mula terbongkar. Penonton kini tertanya-tanya, sejauh mana hubungan ini akan terus bertahan sebelum semuanya runtuh.

Jangan lupa saksikan episod 18 Bayangan Lelaki Sempurna untuk kesinambungan cerita!


Episod 18

Episod 18 Bayangan Lelaki Sempurna menyajikan konflik yang semakin tegang melibatkan Sabira, Amar (Luth Zafran), dan Iqbal. Sabira bertindak di luar jangkaan apabila muncul di tadika Aqish tanpa berbincang, menyebabkan Amar marah dan meminta dia bersabar. Namun, Sabira tetap berdegil untuk berjumpa anaknya.

Dalam masa sama, hubungan kerja Luth mula terganggu apabila Iqbal mencampuri urusan peribadinya. Luth menegaskan supaya hal kerja dan peribadi tidak dicampur, tetapi Iqbal seolah-olah mencabar dengan memberi amaran dan menunjukkan pengaruhnya melalui “cable kuat” dengan pihak atasan.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 1 - 28 Dah Dikemaskini.



Konflik turut melibatkan Mukriz yang enggan membantu Sabira mendapatkan hak penjagaan Aqish. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Sabira, walaupun hakikatnya dia sendiri pernah melepaskan hak penjagaan tersebut sebelum ini.

Episod ini memperlihatkan pertentangan emosi, ego, dan masa lalu yang mula menghantui setiap watak. Penonton kini tertanya-tanya, apakah kesudahan perebutan Aqish dan sejauh mana Iqbal akan menggugat kehidupan Luth dalam episod seterusnya.

Episod 19

Episod 19 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyajikan konflik emosi yang semakin memuncak antara watak utama. Luth menunjukkan prinsip hidupnya apabila menolak tanggapan bahawa dia bersama Aleya kerana harta. Malah, dia tekad mahu berdikari dan membina kehidupan sendiri, sesuatu yang membuatkan Aleya semakin tertarik kepadanya.

Dalam masa yang sama, keadaan menjadi cemas apabila Aqish sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat serangan asma. Zara cuba menghubungi Amar berkali-kali namun gagal, sebelum meminta bantuan Fendi untuk mencari lelaki itu.

Situasi menjadi tegang apabila Amar akhirnya muncul di hospital, tetapi kemarahan Fendi sudah tidak dapat dibendung. Lebih mengejutkan, apabila Amar mengaku dia keluar bersama Aleya, Fendi terus bertindak agresif dengan menumbuknya.

Episod ini menampilkan konflik tanggungjawab, kepercayaan dan hubungan yang semakin retak, sekali gus membuatkan penonton tidak sabar menantikan sambungan episod seterusnya.


Episod 20


Episod 20 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik antara Iqbal dan Luth semakin memuncak apabila Iqbal terus mempertikaikan hasil kerja Luth sehingga mencetuskan pergaduhan besar di tempat kerja. Luth yang sudah lama memendam rasa akhirnya membalas kata-kata Iqbal dengan sindiran pedas.

Dalam masa sama, Sabira pula berdepan masalah rumah tangga apabila suaminya mula cemburu selepas melihat gambar sambutan hari jadi Aqish bersama Amar. Keadaan menjadi lebih rumit apabila anak tiri Sabira mengetahui bahawa Sabira mempunyai anak sebelum berkahwin dengan ayah mereka.

Aleya pula mula menyedari perubahan sikap Luth yang semakin tertekan dan berbeza daripada sebelumnya. Episod ini turut berakhir dengan situasi mencemaskan apabila Aqish gagal menghubungi Luth sehingga membuatkan Zara mula mengesyaki sesuatu sedang berlaku.

Episod 21

Episod 21 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan hubungan Zara dan Amar masih tegang apabila Zara dilihat masih menyimpan rasa marah terhadap Amar walaupun cuba menyembunyikannya. Mak Zara turut menasihatinya supaya tidak menunjukkan kemarahan di depan Aqish kerana bimbang budak itu akan terasa hati.

Di tempat kerja pula, Iqbal mula menunjukkan rasa cemburu apabila bertanya tentang Luth Zafran yang tidak hadir bekerja selepas bercuti bersama Aleya di Cameron Highlands. Situasi itu membuatkan penonton melihat sisi sebenar perasaan Iqbal terhadap Aleya dan Luth.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 1 - 28 Dah Dikemaskini.



Namun konflik utama episod ini lebih tertumpu kepada Ezzat yang mula berasa dirinya dipinggirkan oleh Amar. Ezzat menganggap dirinya banyak membantu menaikkan nama Amar sebelum ini dan kini mula merancang sesuatu yang kelihatan tidak baik.

Kemuncak episod berlaku apabila Zara, Amar dan Aqish keluar makan bersama dan hampir terserempak dengan Aleya. Situasi itu hampir menyebabkan rahsia besar Amar terbongkar.


Episod 22


Hubungan Zara dan Amar dilihat semakin tegang dalam episod 22 drama Bayangan Lelaki Sempurna. Zara mula terasa hati dengan kata-kata Amar yang dianggap terlalu kasar dan menyakitkan, sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada cinta mereka masih mampu bertahan.


Dalam pada itu, Sabira pula semakin agresif mencari peluang untuk menuntut hak penjagaan Aqish. Keadaan ini membimbangkan Fendi yang kemudiannya memberi amaran keras kepada Amar supaya lebih berhati-hati dengan muslihat Sabira selepas ini.


Namun, penonton turut disajikan dengan babak mencuit hati apabila Iqbal cuba mengajak Aleya keluar minum kopi, tetapi terus ditolak mentah-mentah! Walau bagaimanapun, konflik emosi antara Luth, Aleya, dan Amar nampaknya semakin rumit dan berselirat.


Adakah hubungan Zara dan Amar bakal retak sepenuhnya atau ada sinar buat mereka? Jangan lupa saksikan episod penuh malam ini yang penuh dengan drama, emosi dan ketegangan!

Episod 23


Episode 23 Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan situasi cemas apabila Zara berada dalam bahaya selepas diculik oleh Kai, rakan kolej lamanya sendiri. Kai yang selama ini menyimpan perasaan obses terhadap Zara bertindak di luar kawalan selepas merasakan dirinya dikhianati.

Kehilangan Zara mula disedari apabila dia tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam. Mak Zara yang dalam keadaan risau kemudian menghubungi Amar. Bersama Fendi, mereka memulakan misi pencarian nekad untuk menjejaki di mana Zara disembunyikan.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila rahsia tindakan gila Kai akhirnya terbongkar. Episod kali ini dipenuhi emosi, suspen dan ketegangan yang pastinya membuatkan peminat setia drama ini tidak senang duduk!


Episod 24  Drama Bayangan Lelaki Sempurna - Amar mengamuk !! Sabira Culik Aqish ! 


Episod 24 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan konflik antara Amar dan Sabira semakin memuncak apabila Sabira nekad membawa Aqish pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan Amar. Walaupun Aqish berasa takut ayahnya marah, Sabira cuba menenangkan keadaan dan memberitahu bahawa Amar sudah tahu keberadaan anak mereka itu.

Namun, keadaan menjadi tegang apabila Amar datang menyerbu rumah Sabira selepas mengetahui Aqish berada di sana. Amar menuntut agar Aqish dipulangkan segera, tetapi Sabira enggan kerana merasakan dia juga berhak menjaga anaknya sendiri. Pertengkaran mereka bertambah panas apabila Amar mengungkit kisah lama tentang Sabira yang pernah tidak mahu menjaga Aqish sebelum ini.

Dalam masa sama, suami Sabira turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana Sabira membawa Aqish pulang tanpa meminta izin daripadanya. Dia juga tidak selesa dengan kehadiran Aqish di rumah mereka sehingga mencetuskan perang besar dalam keluarga itu.

Persoalannya, mampukah Sabira mempertahankan haknya sebagai ibu, atau Amar akan terus menghalang? Segala jawapan bakal terjawab dalam episod seterusnya malam ini.

Episod 25 Bayangan Lelaki Sempurna ' Amar kantoi !! Ramai Tahu Dia Sebenarnya Luth Zafran ! '

Episod 25 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan Amar dan Aqish cuba memulakan kehidupan baru apabila mereka membuat keputusan untuk berpindah semula ke rumah lama mereka. Aqish bersetuju kerana merasakan suasana di sana lebih meriah dan tidak membuatkannya sunyi seperti sekarang.

Namun di sebalik usaha Amar untuk bangkit semula, kecaman orang ramai masih belum berhenti. Zara semakin tertekan apabila ramai terus memandang serong terhadap Amar walaupun kesalahan sebenar lelaki itu tidaklah sebesar yang diperkatakan. Mama Lin cuba menenangkan Zara dengan mengingatkan bahawa manusia tidak akan berhenti bercakap dan mereka tidak boleh membiarkan kata-kata orang menjatuhkan kehidupan sendiri.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 1 - 28 Dah Dikemaskini.



Keadaan menjadi lebih menyakitkan apabila pelanggan di kedai ikan tempat Amar pernah bekerja mula menyindir tentang identiti Amar sebagai Luth Zafran. Sindiran tersebut jelas bertujuan memalukan Amar serta orang-orang yang rapat dengannya termasuk Zara dan Mama Lin.

Dalam masa sama, Leeya pula memilih untuk bercuti bagi menenangkan diri selepas kecewa dengan penipuan Amar mengenai identitinya. Namun percutian itu terganggu apabila Iqbal muncul cuba memujuknya. Leeya yang masih terluka terus menolak kehadiran Iqbal dan tidak menyembunyikan rasa marahnya.

Persoalannya, mampukah Amar dan Aqish menjalani hidup baru tanpa gangguan kecaman orang sekeliling? Dan adakah hubungan Leeya dan Iqbal akan kembali pulih?

Episod 26 bayangan lelaki sempurna- 'Lija Kena Sepak Dengan Zara sebab Kurang ajar !

Episod 26 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyaksikan hubungan Amar dan Zara semakin tegang apabila isu melibatkan Lija kembali mencetuskan pergaduhan. Amar bertindak menendang Izzat kerana terlalu kurang ajar, namun Zara menegur tindakan tersebut kerana dianggap keterlaluan.

Dalam masa sama, Amar turut mempersoalkan tindakan Zara yang menampar Lija sehingga membuatkan mereka saling berbalas kata. Zara mula curiga apabila Amar dilihat sering mempertahankan Lija dan menuduh lelaki itu mempunyai perasaan terhadap gadis tersebut. Namun Amar menafikan perkara itu dan menyindir Zara sebenarnya cemburu.

Selain konflik percintaan, Zara juga berdepan tekanan apabila pelanggan membatalkan tempahan makanan pada saat akhir. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila Cik Hendon datang menyerang rumah Zara kerana tidak berpuas hati anaknya, Lija, ditampar. Amar dan Fendi kemudian tampil mempertahankan Zara sambil menyatakan Lija memang bersikap kurang ajar.

Episod ini turut memperlihatkan Lija cuba memainkan watak mangsa untuk meraih simpati. Penonton kini tertanya-tanya sama ada Zara benar-benar cemburu terhadap Amar atau sekadar risau lelaki itu membuat pilihan yang salah.

Bayangan Lelaki Sempurna Ep 27: Sabira Dah Hancurkan Hidup Ammar, Leeya Masih Tak Boleh Lupakan Luth


Episod 27 drama Bayangan Lelaki Sempurna menyajikan konflik emosi yang semakin memuncak menjelang episod akhir.

Sabira datang ke rumah Ammar dalam keadaan menangis dengan harapan dapat bertemu anaknya, Aqish. Namun kehadirannya hanya mengundang kemarahan Ammar yang masih terluka dengan segala perbuatan Sabira sebelum ini. Ammar dengan tegas menghalau Sabira dan enggan membenarkan dia bertemu Aqish kerana merasakan Sabira sudah mensia-siakan peluang untuk berubah.

Keadaan tegang itu akhirnya cuba dileraikan oleh Fendi yang hadir membantu menenangkan keadaan.


Bayangan Lelaki Sempurna (2026): Episod 1 - 28 Dah Dikemaskini.



Dalam masa sama, Leeya dan keluarganya berdepan tekanan apabila syarikat mereka mengalami kejatuhan jualan selepas pemergian Luth dari pejabat. Leeya masih bergelut dengan emosinya selepas mengetahui identiti sebenar Luth Zafran dan ternyata masih sukar untuk melupakan lelaki itu.

Ayah Leeya mula menyedari perubahan anaknya dan mempersoalkan sama ada Leeya masih marah atau sebenarnya masih menyimpan perasaan terhadap Luth.

Apakah Sabira akan diberi peluang kedua untuk bertemu Aqish? Dan mampukah Leeya membuka semula hatinya untuk Luth?

Jangan lepaskan episod akhir Bayangan Lelaki Sempurna pada 18 Mei 2026.


Episod 28 Drama Bayanagan Lelaki Sempurna- Amar akhirnya sedar zara ada dengan dia time dia susah dan senang. Nekad nak perbetul keadaan tapi Leeya tak putus asa untuk dapatkan amar!


Drama Bayangan Lelaki Sempurna akhirnya melabuhkan tirai dengan episod penamat yang sarat emosi dan pengajaran tentang cinta serta pengorbanan. Dalam episod akhir, Mukhriz mengejutkan Sabira apabila membuat keputusan untuk berpisah secara baik kerana tidak mahu isterinya terus menderita dalam perkahwinan mereka.

Pada masa sama, Amar akhirnya menyedari Zara adalah insan yang sentiasa berada di sisinya ketika susah dan senang. Amar memohon maaf atas segala kesilapannya dan meluahkan hasrat untuk memulakan hidup baru bersama Zara.

Hubungan Amar dan Leeya pula berakhir dengan penuh kematangan apabila Amar berterus terang bahawa mereka tidak ditakdirkan bersama. Leeya menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan percaya jika tiada jodoh, mereka tidak akan bersama.

Selain kisah cinta, persahabatan Amar dan Fendi turut menjadi antara momen paling menyentuh hati apabila Fendi terus setia membantu sahabatnya tanpa mengharapkan balasan.

Pengakhiran drama ini meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dengan mesej bahawa cinta sejati hadir bersama keikhlasan, pengorbanan dan penerimaan.


Kenapa Bayangan Lelaki Sempurna Jadi Tumpuan?

Antara sebab drama ini dinantikan:

✅ Gandingan popular Adam Lee & Sweet Qismina
✅ Menggantikan drama trending Khianat Yang Terpilih
✅ Slot Akasia yang terkenal dengan drama viral
✅ Barisan pelakon berpengalaman
✅ Jalan cerita dijangka penuh konflik dan emosi


Fakta Menarik Bayangan Lelaki Sempurna

  • Drama ini mempunyai 28 episod
  • Durasi setiap episod sekitar 42 minit
  • Ditayangkan di Slot Akasia TV3
  • Terbitan Zamriez Golden Pictures
  • Mula siaran 9 April 2026

Kesimpulan

Drama Bayangan Lelaki Sempurna dijangka menjadi drama baharu yang mencuri perhatian penonton TV3.

Dengan gabungan pelakon popular seperti Adam Lee dan Sweet Qismina, drama ini berpotensi menjadi antara drama paling trending tahun 2026.

Jangan lupa saksikan Bayangan Lelaki Sempurna bermula 9 April 2026 di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


FAQ Bayangan Lelaki Sempurna

Bila drama Bayangan Lelaki Sempurna mula tayang?
9 April 2026 di TV3.

Berapa episod drama ini?
Sebanyak 28 episod.

Siapa pelakon utama?
Adam Lee dan Sweet Qismina.

Slot apa drama ini ditayangkan?
Slot Akasia TV3.

KONGSIKAN:

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.