Thailand Cemerlang Kalahkan Kyrgyzstan. DNA Jepun Menjadi-jadi!

 Thailand cipta kejutan mengalahkan Kyrgyszstan 2-0 hasil jaringan Supachai Chaided. Akhirnya ada juga wakil asia tenggara yang memenangi perlawanan di Piala Asia musim ini. Malaysia, Indonesia dan Vietnam telah menjadi mangsa belasahan pasukan gergasi asia sebelum ini. Thailand pula yang di label sebagai pasukan bermasalah menunjukan kekuatan mereka sebagai negara no 1 Asia Tenggara.


Thailand Cemerlang Kalahkan Kyrgyzstan. DNA Jepun Menjadi-jadi!




Highlight Thailand vs Kyrgyzstan


Pasukan Thailand memang bermain di dalam bertahan dan sangat pantas dalam membuat serangan balas.


Gol pertama muncul menerusi Supachai chaided pada minit ke 26. Dia yang menampan bola masuk selepas bola awal yang di tendang oleh pemain thailand di tampan dengan tidak kemas oleh penjaga gol kyrgyzstan.

gol kedua muncul pada minit ke 48 selepas separuh masa kedua bermula. Supachai yang mendapat bola lantunan hasil tandukan pemain thailand yang terkena pemain kyrgyzstan dengan mudah menewasakn penjaga gol lawan.

Keputusan akhir, Thailand 2-0 Kyrgyzstan.


Statistik Thailand vs Kyrgyzstan.


Pasukan thailand mempunyai 12 shot sepanjang perlawanan dan hanya 4 menepati sasaran. Manakala pasukan kyrgyzstan pula membuat 13 percubaan dan hanya 3 on target.


Ball possession juga di menangi oleh pasukan Kyrgyzstan dengan 55% manakala thailan 45 %. ini bermakna kedua-dua pasukan seimbang dalam memegang bola.


Thailand Cemerlang Kalahkan Kyrgyzstan. DNA Jepun Menjadi-jadi!

Pass accuracy pula menjadi milik kyrgyzstan dengan 79% manakala thailand hanya tepat dengan 75% sahaja.


Hasil kedudukan ini menyaksikan pasukan Thailand berada di puncak group F manakala kyrgyzstan di kedudukan terbawah kumpulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post