Silap strategi punca tersingkir- Amelina

Seperti kita semua tahu, minggu ini pom pom kin tersingkir yang mana identiti sebenarnya juga sudah didedahkan iaitu Ratu Dangdut negara, Amelina memakai topeng dan kostum berkenaan. 


Jadi minggu hadapan akan ada 9 orang peserta sahaja yang berbaki untuk beraksi bagi melangkah ke pusingan seterusnya. Bila di tanya kepada amelina apa punca dia tersingkir, Amelina menjawab faktor strategi menjadi punca dia tersingkir.


Silap strategi punca tersingkir- Amelina



Amelina menyanyikan lagu Anta permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza menyebabkan juri-juri mudah cam suaranya.


Penyanyi dangdut itu berkata; 


“Minggu kelima tak boleh selamat sebab lagu Tokti, lagu-lagu tu semua ton orang-orang lama, jadi lagu Anta Permana mungkinlah ada masa tarik dekat situ nampak,” katanya.


“Kak Long sendiri pun tak tahu Masked Singer ni dia macam mana, kalau nyanyi sedap nanti ‘kantoi’, kalau nyanyi tak sedap markah pula rendah,” jelasnya kepada Gempak.


Selain itu apabila ditanya mengenai apa perasaan amelina bila juri silap teka namanya. Amelina menjawab ia mungkin juri - juri saja salah teka kot. 


Bila ditanya mengenai pengalaman menyarung kostum Pom Pom Kin. Amelina mengatakan kostum berkenaan berat dan bila balik rumah akan sakit di bahagian bahu. 


Penyanyi ini juga berkata dia mengalami kesukaran nak tengok sebab kostum tu ada jaring jadi kena tengok melalui jaring tu sahaja. 


yang terakhir bila ditanya mengani orang terdekat yang tahu, Amelina berkata hanya pihak management sahaja yang tahu mengenai perkara tersebut. Bila orang tanya dia di mana bila malam ahad, dia akan cakap ada show jer.


Post a Comment

Previous Post Next Post