Rashidi Ishak Tak Sangka Juri Tak Cam Suaranya

Selesai persembahan minggu ketiga, Peserta yang tersingkir minggu ini adalah Putera Katak yang mana pelakon rashidi ishak yang berada di dalamnya. Ketika ditanya mengenai pencapaian sampai minggu ketiga sahaja dan adakah rashidi berpuas hati dengan prestasinya.


Ketika ditanya oleh gempak.com, Rashidi mengatakan yang dia hanya meletakkan sasaran untuk sampai ke minggu kedua sahaja. tetapi ini dah masuk minggu ketiga dan bagi rashidi ia satu bonus buat dirinya.


Rashidi Ishak Tak Sangka Juri Tak Cam Suaranya



Pelakon kacak dan tampa, rashidi ishak berkata;  ' saya bagitahu producer, 2 minggu cukup untuk beraksi tetapi kekal sampai minggu ke 3 ni kira bonus '


Ditanya juga sama ada juri mengenali suaranya atau tidak. Rashidi berkata dia terkejut apabila ramai juri tak berjaya meneka suaranya untuk dua minggu sebelum ini dan hanya minggu ketiga sahaja pula hanya Sherry Alhadad dan Micheal Ang sahaja yang berjaya meneka dengan betul.


" Tak sangka yang diorang tak cam suara saya mungkin sebab daripada training pun dah bagi tahu jangan guna suara yang selalu kita guna. Cumanya minggu ni syerry dan micheal ang sahaja dapat teka dengan betul minggu ini'


Rashidi juga ditanya mengenai siapa yang dia jangka pada awalnya boleh meneka dengan tepat, Rashidi berkata dia jangka Elly Mazlein dan Nabila Huda sebab selalu bekerja dan berlakon bersama.


'saya jangka elly mazlein dan nabila huda akan kenal suara saya sebab selalu berlakon dengan diorang kan.


Ketika ditanya mengenai pengalaman memakai kostum tebal di the masked singer malaysia ternyata Rashidi agak gementar kerana perlu duduk dalam kostum untuk tempoh masa yang lama.


' Saya anxiety sikit bila pakai topeng muka ni sebab kena tunggu lama. '


Mengenai siapa yang mengetahui dirinya di dalam maskot putera katak. rashidi berkata dia hanya memberi tahu isterinya sahaja. Malah rakan sekerjanya juga tidak mengetahui perkara ini.


'Saya hanya bagitahu isteri saya sahaja.'


Siapa pula yang akan tersingkir pada minggu keempat nanti? sama-sama kita nantikan. teruskan menyokong rancangan the masked singer malaysia 4 deengan like fans page di sini >> https://www.facebook.com/themaskedsingermalaysia/


Post a Comment

Previous Post Next Post