Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia - ' Salam Semua ....

Satu post story instagram telah dimuat naik oleh pengurus Khai Bahar, Jai memberi tahu ibu kepada penyanyi tersebut meninggal dunia di Perlis.



Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia - ' Salam Semua ....





Khai turut mengongsikan hantaran tersebut dan juga keadaan dirinya yang dalam pejalanan pulang ke kampungnya untuk urusan terakhir ibunya.

Sebelum ini juga, Khai bahar pernah memberi tahu yang kesihatan ibu nya semakin merosot akibat sakit buah pinggang.

Dalam hantaran tersebut berbunyi ; 

“Salam semua, saya Pengurus (Jai), yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat (Al-Fatihah),” maklumnya.

--

Kita doakan agar khai bahar terus tabah melalui hari-hari sukar kehilangan insan yang paling disayanginya. Kita sebagai peminat sedekahkanlah al-fatihah untuk ibu khai bahar.

Alfatihah.

Post a Comment

Previous Post Next Post