Siti Nordiana Tidak Terasa Hati Dengan komen Tok Ram

Baru-baru ini kita dengar Datuk Ramli MS ada mengatakan peminat Siti Nordiana ni sebagai peminat dari daerah. Nana tampil berkata dia tidak terasa hati dengan komen Tok Ram tersebut.

Malah Nana juga berkata peminat-peminatnya memang suka lagu nyanyiannya yang bernada mendayu dayu atau leman sejak dari dulu lagi. 

Kita sebagai peminat juga mengetahui yang nada dan suara nana sesuai dengan lagulagu leman. jadi tak ada masalah untuk peminat mendengar lagu-lagu tersebut. Cumanya bila masuk pertandingan kenalah perbanyakkan genre lagu supaya dapat kekal bersaing kaan.


Siti Nordiana Tidak Terasa Hati Dengan komen Tok Ram



Nana berkata;  

“Kebanyakan peminat Nana datang daripada daerah luar bandar. Nana dah cuba cari lagu yang luar daripada kebiasaan, tetapi peminat masih suka saya nyanyikan lagu sedemikian, yang mendayu.


“Saya akui yang saya memang suka nyanyi lagu sebegini sebab ia kena dengan jiwa saya. Mudah bagi saya nak bawa lagu mendayu. Kalau genre lain, banyak kerja sikit, nak masuk dengan groove lagi,” katanya 


“Kenapa tak banyak nyanyi lagu Leman? Sebab Nana nak cuba nyanyi pelbagai genre dan lagu menerusi All Stars Gegar Vaganza. Nak cabar diri.

“Kalau nyanyi lagu kegemaran kita, takut orang cakap tiada kelainan pula,” tutup Nana.

-- 

Tok ram pun sampai hati cakap macam tu. Kebanyakan peminat ni tahu kekuatan artis kesayangan mereka. Jadi mereka akan terus menyokong artis tersebut walau apa pun yang berlaku.

Post a Comment

Previous Post Next Post