Tok Ram Jelaskan Kekurangan persembahan Zamani di Minggu keenam

Datuk Ramli MS tampil menjelaskan beberapa kekurangan persembahan Zamani sehinggakan menjadi sebab penyanyi itu di singkirkan pada minggu ini. Zamani mendapat markah paling rendah berbanding peserta lain yang menjadikannya peserta yang tersingkir minggu ke 6 baru-baru ini.


Tok Ram Jelaskan Kekurangan persembahan Zamani di Minggu keenam


Tok Ram berkata;  

“Kedudukan yang paling lemah antara kedua belas bintang. Sudah banyak minggu saya perhatikan, saya rasa Zamani ada masalah nak habiskan sebutan.

“Bila dia bercakap, sebutan itu lambat nak habis. Sebagai contoh, dia nak sebut kau pergi jua tetapi dia lambat nak habiskan ayat itu.

“Jadi bila ayat lambat keluar, beat dekat depan lagu itu menunggu. Bila terlambat, nafas akan jadi kelam kabut.

“Bila tempo lagu itu cepat, maka akan jadi tidak selari dan selain itu terdapat juga kesalahan benda teknikal,” jelasnya.

--

Ketua juri lebih mengetahui peraturan dalam bidang nyanyian. Pastinya juga kriteria dan ciri-ciri persembahan di perketatkan menjelang final gegar vaganza 2023 nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post