Kampung Latah Kena Kuarantin

Aku suka tengok filem Kampung Latah Kena Kuarantin yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah. Sebenarnya filem ini ttelah ditayangkan pada 9 September 2021 di Astro First dan kini akan diulangsiarkan pada 16 september 2023 di saluran Astro Citra.


Kita juga dapat menonton aksi pelakon istimewa atau cameo istimewa dalam certia ni tau. Antara pelakon yang terlibat adalah seperti Datuk Awie, AR Badul, Ustaz Syamsul Debat, Riezman Khuzaimi, Roy Azman, Achong Sweet Child dan Mak Wan Latah.

Sinopsis Kampung Latah Kena Kuarantin

Filem latah ini menceritakan tentang sebuah kampung bernama Kampung latah permai. Uniknya dalam kampung ini terdapat ramai orang yang melatah seterusnya menjadikan ia tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.


Kampung Latah Kena Kuarantin


Ajin mengambil keputusan untuk menjadi ketua pemandu pelancong dengan rakan-rakannya. Ajin juga mahu melamar kekasih hatinya iaitu Juanitta. Tetapi Apoi terlebih dahulu menyailang  Ajin. tetapi pinangan Apoi ditolak oleh Juanita.

Akibat rasa marah dan tidak berpuas hati. Apoi dan kawan-kawannya cuba menimbulkan huru hara dalam kampung itu. Secara tiba-tiba kadar melatah di tempat itu meningkat mendadak sehingga dapat membawa maut.

Disebabkan keadaan semakin meruncing, ketua kampung tersebut mengumpulkan penduduk mereka dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Dapatkah mereka keluar dan menyelamatkan penduduk kampung latah tersebut?

Kalau korang nak tengok cerita ini, korang boleh tonton semula di saluran astro citra sebab ada ulangan pada 16 september 2023 ini. Selamat menonton.

Info dan pelakon

Filem ini merupakan karya asal Nazia Mustafar dan skripnya ditulis serta diarahkan sendiri oleh Azizi Adnan. antara pelakon kampung latah kena kuarantin ini adalah seperti 


  • Azhan Rani sebagai Ajin
  • Nazia Mustafar sebagai Jamilah
  • Ieda Moin sebagai Eton
  • PS Mansur sebagai Din
  • Elisya Sandha sebagai Juanita
  • Joey Daud sebagai Apoi
  • Bell Ngasri sebagai Abon
  • Anjang (Wanns Ahmad sebagai
  • Datuk Awie sebagai Dukun Palermo
  • AR Badul sebagai Tok Ketua
  • Ustaz Syamsul Debat sebagai Bro Aji
  • Riezman Khuzaimi sebagai YB Hazil
  • Roy Azman sebagai Pegawai Perubatan
  • Achong Sweet Child sebagai Opera Cina
  • Mak Wan Latah sebagai Mak Jenab
Kalau korang tengok, dari senarai pelakon pun kita dapat lihat yang ramai pelakon melatah yang ada dalam Malaysia menyertai cerita ini. Jadi tidak timbul isu yang pelakon hanya buat-buat melatah sahaja demi jalan cerita.

Selain itu, ia juga menambahkan selera penonton yang mahukan kelaianan terhadap filem komedi sebelum ini dengan memberi kepuasan kepada mereka dengan lawak latah dalam kampung latah ini. 

Kita juga mendapat review positif dari penonton yang sudah menonton cerita dengan mengatakan ia sesuai untuk ditonton dalam pelbagai lapisan masyarakat kerana tiada unsur sensitif dan sangat bersesuaian dengan realiti masyarakat Malaysia.

Penutup


Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini kerana ia bersifat santai dan penuh dengan komedi latah yang menghiburkan. Tarikh tayangan semulanya adalah pada 16 september 2023 di saluran astro citra.

Boleh tonton sempena hari Malaysia bersama dengan keluarga anda yang tercinta. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post