Sinopsis Melastik Ke Hatimu 2

Drama terbaru, melastik ke hatimu 2 mula ditayangkan sejak 16 september 2023 dan merupakan sambungan daripada musim pertama drama melastik ke hatimu. Masih mengekalkan pelakon asal cerita ini yang terdiri daripada Janna Nick, Andi Bernadee dan Hafidz Roshdi akan menemui penonton di slot Lestary TV3.

Sinopsis Melastik Ke Hatimu 2

drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri bernama Haura dan Ziyad. Haura merupakan si isteri lakonan janna nick, manakala Ziyyad pula merupakan suami lakonan Andi bernadee.Mereka sudah semakin bahagia dengan perkahwinan mereka. 


Sinopsis Melastik Ke Hatimu 2



Ziyyad juga melalui fasa kebahagiaan apabila mendapat anugerah usahawan terbaik. Sementara itu, Haura juga semakin terkenal di sosial media dan dia juga merupakan seorang influencer terkenal dan semakin mendapat perhatian masyarakat.


Namun kebhagaian mereka mula dirobek dengan kehadiran Naim. Siapakah naim dan apakah tujuannya mendekati keluarga Haura dan Ziyyad? Kalau korang nak tehu kenalah tonton melastik ke hatimu 2 di saluran tv3.

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 25 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan pada 17 september 2023. Mengambil slot lestary dan merupakan karya arahan Zamri Zakaria. Melastik ke hatimu 2 ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti; 


Sinopsis Melastik Ke Hatimu 2


  1. Andi Bernadee sebagai Ziyyad Nazhan
  2. Janna Nick sebagai Haura Annisa
  3. Hafidz Roshdi sebagai Naim Johari
  4. Wani Kayrie sebagai Fatin 
  5. Shiha Zikir sebagai Hanis
  6. Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
  7. Azizah Mahzan sebagai Mak Tok
  8. Dato Jalaluddin Hassan sebagai Wan Asri
  9. Cassia Iman sebagai Inayah


Kalau korang tengok musim pertama dulu. kita boleh katakan yang drama ini banyak berkisar mengenai haura dan kehidupannya. Mula didekati oleh jejaka yang juga merupakan bosnya dan kemudian mereka mula jatuh cinta.

Setelah itu mereka berkahwin. Memang dalam musim pertama mereka juga di uji tetapi dalam melastik ke hatimu 2 juga mereka masih diuji dengan perhubungan mereka. Dapatkah mereka keluar dari masalah tersebut?


Penutup


Akhir sekali, jangan lupa untuk menonton drama menarik dan drama percintaan ini di saluran tv3. Pasti ia akan membuatkan anda ketawa dan gembira kerana barisan pelakon sedia ada yang banyak memberi kekuatan dalam pembawaan cerita ini.

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post