Aina Abdul "Saya tersentuh dengan persembahan Nadeera"

Netizen pertikai mengenai markah 100% yang diberikan juri Aina Abdul kepada peserta Nadeera Zaini ketika menyanyikan lagu Kembali Terang (Marsha Milan) pada konsert ketujuh pada minggu lepas.

Aina abdul tampil menjelaskan perkara tersebut.


Aina Abdul "Saya tersentuh dengan persembahan Nadeera"


"Saya tersentuh dengan persembahan Nadeera kali ini, dia maksudkan setiap bait perkataan dalam nyanyiannya.

"Malah, tajuk lagu itu sendiri pun, Kembali Terang, mungkin kerana dia pernah menjadi rakan serumah dan kawan saya, jadi saya faham betapa bermaknanya lagu itu buatnya.

"Hari ini dia sudah buktikan kepada semua orang," katanya kepada Gempak.

Ajai juga berkata; "Tiada masalah untuk Aina memberikan markah 100%, dia layak untuk memutuskannya berdasarkan nyanyian dan kariernya.

"Masing-masing ada prinsip, kalau saya atas 95% tu dah sedap dah. Jadi jangan risau kalau saya tak bagi 100% bukan kamu tak bagus tapi kalau saya bagi kurang 50% itu yang perlu dirisaukan," ujarnya.


Previous Post Next Post