Markah Big Stage 2023 Minggu 8

 Markah Big Stage 2023 Minggu 8. Selesai sudah persembahan minggu kelapan yang dipersembahkan oleh para peserta BIg stage 2023. Ramai terkejut sebab barisan peserta kali ini memang lain dari yang lain dan masing-masing sudah ada kekuatan dalam dunia seni. 



Markah Big Stage 2023 Minggu 8







Minggu ini ada tiada penyingkiran yang berlaku dan siapakah yang tersingkir itu? Minggu depan hanya 8 peserta sahaja yang akan membuat persembahan di atas pentas. berikut merupakan Kedudukan dan Markah Big Stage 2023 Minggu 8 di bawah ini.


Kedudukan dan Markah Big Stage 2023 Minggu 8

Nadeera kekal di kedudukan pertama minggu ini. Manakala Putera Muhammad di tempat kedua. Waode pula jatuh ke tempat ke 3 minggu ini. 

Berikut merupakan jumlah markah yang diterima oleh setiap peserta:

1. Nadeera Zaini: 95%

2. Putera Muhammad: 90%

3. Waode: 87.33%

4. Aufahanie: 83.67%

5. Dem Lepak Boyz: 80.67%

6. Firdaus Rahmat: 76.33%

7. Puteri Khareeza: 76%

8. Hoondoo: 58.67%

Anugerah Pa Wa - Aufahanie

Anugerah dominasi Persembahan terbaik - Putera Muhammad

jom join group >> big stage fans << untuk live streaming.

Tersingkir

Minggu ini tiada penyikiran. Ajai berkata; "Kami takkan gunakan Imuniti X sebab kami rasa ketiga-tiga, dua daripada mereka iaitu Firdaus dan Puteri Khareeza menunjukkan pencapaian naik. Hoondoo hari ini mungkin bukan hari kami tapi kami tak boleh membuang mereka juga kerana setiap minggu Hoondoo ranking. Kadang-kadang ada gangguan daripada pemikiran mereka yang kita tak tahu.

"Mungkin daripada undian orang luar, ada suka atau tak suka tapi kita nak tolak 'itu barang'. Kalau boleh, kami tak nak sesiapa pun keluar, kami harap pihak produksi bagilah peluang. Kami pergi kepada pencapaian dan kekuatan masing-masing.

Ini bermakna hanya 8 orang baki peserta yang akan berentap pada minggu keenam big stage 2023 nanti. Siapa pula yang akan disingkirkan dalam konsert minggu hadapan?

Sama-sama kita nantikan ya.


Previous Post Next Post