Pakaian Nadeera Zaini Di Kecam Tak Kena Dengan Lagu

Pakaian Nadeera Zaini Di Kecam Tak Kena Dengan Lagu. Selepas persembahan konsert ketiga big stage, Nama nadeera zaini menjadi sebutan apabila pakaian yang dikenakan ketika membuat persembahan itu tidak kena dengan lagu Rahmatul lil alamin yang dinyanyikannya.


Pakaian Nadeera Zaini Di Kecam Tak Kena Dengan Lagu


Pakaian Nadeera Zaini Di Kecam Tak Kena Dengan Lagu

Nadeera mengulas dan menjaawab persoalan tersebut selepas persembahan. Dia berkata ;“Saya tahu mungkin ramai yang kecam… Saya masih belum bertudung tetapi membawa lagu berkonsepkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW.

“Saya dah pernah masuk banyak pertandingan tetapi saya tak pernah sampaikan mesej yang bagus kepada peminat-peminat di luar sana.

“Kali ini apa kata tema cinta kita bagi mesej yang baik kepada semua orang. Jadi saya pun terfikir, saya belum berhijab tapi nak sampaikan mesej sebegitu.

“Kalau saya berhijab, kalau saya tutup terus malam ini mungkin orang akan cakap mempersendakan agama. Saya takut orang berkata demikian.

“Jadi saya dan juga team berbincang, kami tampil sekurang-kurangnya bertutup dan sopan. Tapi saya tahu, saya tidak salahkan orang di luar sana.

“Netizen-netizen boleh cakap apa sahaja, yang salah itu saya tahu datangnya dari saya dan saya akan memperbaiki lagi selepas ini,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

Di insta, Nadeera memohon kemaafan atas penampilannya itu.

“Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil' Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan.

“Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan mood pertandingan dan sesuai dengan nada suara Nad.

“Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi. Terima kasih kepada team production, musician, arranger, glam team dan management team yang memberikan Nad kerjasama yang baik.

“Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini.

“Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi. Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

“Nad akan memperbaiki kesilapan dan terus berusaha memberikan yang terbaik, Insya-Allah,” tulisnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post