Naufal Azrin dikecam Netizen

Kemunculan Naufal Azrin di pentas Big Stage 2023 mengundang kecaman netizen apabila ramai mempersoalkan pemakaian jejaka yang terkenal dengan lagu casablanca itu. 

Naufal membuat persembahan sebagai peserta program berkenaan dan dia memakai sut berwarna merah dan memakai rantai leher.



Naufal Azrin dikecam Netizen


Imej Naufal ini tidak seperti imej asalnya yang lebih kepada islamik kerana dia juga menganggotai kumpulan nasyid zayne dan pada masa yang sama dia juga seorang Tahfiz.

Antara komen Netizen yang dimuat naik adalah

“Alamak! Macam tidak kena pakaian Naufal Azrin dengan lagu ini. Dengan nampak dada dan pakai rantainya,” tulis warga maya.

“Bukan dia budak nasyid ke Naufal Azrin? Nyanyian dia baik juga sebab sudah selalu dengar lagu itu dahulu. Nada tinggi dia macam azan,” komen pengguna media sosial.

" Apa sudah jadi ni naufal, bergelang dan rantai 😢" 

" @naufalazrin ubah penampilan.. style rambut tu, perhiasan tangan dan leher tu sekali.. kekalkanlah perwatakan Islamik anda dari kecil tu.. org lebih suka penampilan begitu.."

Akhir sekali, kita doakan yang baik-baik untuk naufal dan kita harap dia take note benda ni sebab dia juga membawa imej tahfiz dan islamik di pentas GV tersebut.


Previous Post Next Post