Terima Ugutan daripada Netizen, Fieqa ATNM2 Lapor Polis

Selepas dirinya tular di sosial media kerana dikatakan biadap dalam rancangan ATNM2, Fieqa mengatakan yang dirinya mendapat banyak kecaman di DM nya. Tidak kurang ada yang mengatakan dirinya dengan kata-kata yang tidak elok.


Terima Ugutan daripada Netizen, Fieqa ATNM2 Lapor Polis


Fieq barkata dalam satu temubual dengan Gempak.com, “Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tapi kecaman netizen terhadap saya itu sangat melampau sehingga mengganggu mental saya.

“Memang banyak kecaman saya terima di DM… tapi saya tak baca semua, ibu bapa saya yang banyak baca DM netizen. Kalau saya baca, mungkin boleh merosakkan mental saya,” katanya kepada Gempak.

“Saya bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi sokongan… itu yang buat saya kuat sekarang. Keluarga saya pun sudah mengambil tindakan terhadap netizen yang melampau.

“Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi pada semalam. Ada netizen yang menggunakan akaun betul dan palsu untuk kecam saya,” ujarnya.


Previous Post Next Post