Sri Pahang Sambar 3 Bintang JDT

Sri Pahang Sambar 3 Bintang JDT. Nampak skaud sri pahang memang tidak mahu mensia-siakan peluang pasukan merebut piala musim hadapan. Mereka nampak lebih bersedia dan bersemangat dengan merekrut beberapa pemain berkualiti untuk pasukan berkenaan.


Sri Pahang Sambar 3 Bintang JDT


Sri Pahang Sambar 3 Bintang JDT

Pasukan pahang berjaya mendapatkan 3 pemain JDT iaitu penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan serta dua pemain pertahanan iaitu Syazwan Andik Ishak dan Azrif Nasrulhaq.


"Kami berbesar hati mengumumkan penjaga gol berpengalaman Izham Tarmizi, Syazwan Andik dan Azrif menyertai pasukan ini secara pinjaman selama semusim.


"Izham Tarmizi, 31 dibawa masuk untuk memperkasa benteng terakhir dan dia sedia bersaing untuk merebut posisi nombor satu seterusnya mengisi kekosongan ditinggalkan Mamadou Samassa.

"Ketenangan dan ketangkasan bekas pemain Harimau Muda yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea 2011 ini di gawang, dilihat bakal menjadi azimat berguna buat Sri Pahang," katanya menerusi hantaran itu.


"Syazwan melihat Sri Pahang sebagai destinasi terbaik untuk mengembalikan prestasinya ke tahap terbaik dan kehadirannya diyakini memberi sengat tambahan di posisi pertahanan kiri," katanya


Previous Post Next Post