Setiap tahun mempunyai cerita yang tersendiri dan tidak terlepas juga untuk bintang gegar vaganza 9 Shila Amzah. Baru-abaru ini dia memuat naik satu hantaran di instagramnya. Dia membuat resolusi perjalanan tahun 2022 yang dialaminya.

Shila yang berjaya menjuarai The Masked Singer Malaysia dan juga mendapat tempat ketiga dalam GV9 boleh dianggap pencapaian terbaiknya di dalam tahun 2022 yang lalu. Selain itu ada juga pencapaian lain yang turut menjadi kebanggaan Shila.


Shila Amzah Syukur Turun 14 kg dalam Tahun 2022


Shila berkata;

“Saya gembira, saya boleh meninggalkan 2022 bersama-sama dengan 14 kilogram yang telah saya turunkan. Saya berjanji pada diri saya untuk menjaga diri dengan lebih baik dan saya berjaya lakukan pada 2022.


“Sepanjang semua kesakitan dan halangan, saya berjaya lakukan. Alhamdulillah, untuk segala kemenangan, walaupun untuk kemenangan kecil juga dikira,” kongsinya.

Semoga tahun 2023 yang baru menjelma ini akan memberi lebih banyak kelebihan dan kejayaan buat penyanyi tersohor ini. Ramai peminat yang mengharapkan kebaikan untuk Shila di tahun yang baru ini.

Previous Post Next Post